Celoteh pemilk

Selamat Datang ke Blog Zur Ain Zuraisha, Terima Kasih Kerana Sudi berkunjung, jangan lupa tinggalkan jejak anda ya

Wednesday, February 9, 2011

Ambil Berkat

5 feb 2011, ain dan juga teman - teman persekolahan pergi kenduri kahwin si cantik manis Nurul ain Zaini. sebenarnya ni bukan kali pertama ain pergi kenduri kahwin kawan sebaya ni, dah banyak kali juga, biasalah umur dah masuk alaf 20 an ni mmg dah layak benar kahwin kan, ain je blum, hehe :P belum sampai seru, hehe(tanda soal)..

ikut soal selidik ala - ala bancian, anggaran kos untuk adakan majlis perkahwinan tidaklah semurah zaman ibu bapa kite dolu2..
tak silap ain menelan juga rm 10,000.00 ke atas untuk majlis sederhana tetapi lengkap. wuhuu...mcmna nak kumpul 10,000.00 tu...banyakkan...??  
ok, tettt! iklan dulu, layan gambar dulu ;)

sebelum itu, jutaan terima kasih pada cik Ella kiter yang sudi berkongsi gambar tuk ditatap pada blog sye yg tidaklah seberapa ni..


tgk tu, yg dua org tu, pose paling depan mengalahkan pengantin ye, inginkan perhatian! haha

tema majlis perkahwinan pada hari itu berkonsepkan warna merah putih. 
berkenaan tema merah putih ni,nak dijadikan cerita .
.ada dua kerja kahwin yang dijalankan pada waktu tu mggunakan tema merah ni. jarak antara khemah hnya lebih kurang berapa meter jer rasa ain, rasa2lah..
dengan langkah yang agak excited ditambah pula kami terlewat hadir seperti waktu yg disasarkan, kami terus pergi ke khemah yang pertama, langkah terhenti, sbb banner pengantin tu wajah yang tak dikenali, selangkah demi selangkah kami undur dan terus beralih arah..
fuhh! 
nasib baik tak masuk kan,cuba bayangkan kalau dah termakan nasi minyak di kat situ & masa nak jumpa pengantin bagi hadiah, tiba-tiba ja pengantin nya berubah wajah, gimana tuh? wuuuu...sudah tentu malu rasa di hati, sembunyi bawah meja seminggu! 


ain bersama cik ella yg cumil, minyak skit muka pada waktu tu, ye la, makan pun nasi minyak kan? heehee ;)


okeh, ini pula kawan baru, kawan rapat cik ella kita, seronok berbual dgn cik ayien tepet ni, bak kata ella, ain kuasa dua ( ilmu hisab kejap)


mesti nk ada ke gambar ni? tak mahu tengok? tutup mata, tutup mata, malu..hehe.. >.<


bodyguard pada hari bahagia itu.


mereka - mereka yang memeriahkan suasana.
dari kiri : inchik izzat, inchik shafuan, cik ayien, cik ella & inchik faiz 



muka minyak di situ, penat wat keje kt dapor taw :P .. jgn dilihat muka tu, fokus pasa kipas tu!tak dapat naik pelamin, bergambar dengan kipas pengantin jadi lah kan,ambil berkat, ambil berkat! hihi

selepas sesi bergambar dengan pengantin, sesi penggambaran di luar pula, mcm2 ragam, ada yang berbual dari awal hingga akhir, ada juga bergayut di telefon, ada yang sempat pergi kedai beli air, & ada juga yang sempat  makan angin di laut berdekatan rumah pengantin, tidak lupa juga ada yg tak sempat buka helmet masa bergambar...hihi

ok,back to basic..
umur dah masuk 21 tahun, dulu sebelum umur menjangkau usia sebegini tak ada pula orang tua - tua nak tanya kita bila nk kahwin? sekarang ni terbalik lah pula, ibu bapa dan orang - orang tua pula tak henti - henti tanya bila nak kahwin..haha..ada orang kata umur 21 tahun ni kira titik permulaan kebebasan sebenar bagi yang bergelar remaja, umur 21 tahun ni. dan ada juga kata umur 21 tahun ni kita tanggung dosa sendiri, entah ek ain pun tak tahu, tak silap dulu masa sekolah agama dulu, ustaz ada kata yang dosa kita atas tanggungan kita sendiri selepas kita baligh .. sebenarnya tak kisahlah yang mana satu betul, umur 21 tahun ni bagi ain adalah peringkat matang, peringkat dimana kita belajar sesuatu dari pengalaman kita, tahu beza mana baik mana buruk..itu paling penting, kn kn kn? 
ok,
rasa - rasa dah berapa patah perkataan ditulis ni? dah ghuper karangan dah..

maaf jika tersilap kata, terkasar bahasa, teremosi, fakta di entry ini bertujuan untuk dikongsi pada yang sudi membaca bukan bertujuan menyinggung mana -  mana pihak.

ok, semekom ;) ;) ;)






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers