Celoteh pemilk

Selamat Datang ke Blog Zur Ain Zuraisha, Terima Kasih Kerana Sudi berkunjung, jangan lupa tinggalkan jejak anda ya

Wednesday, August 10, 2011

Ogos dah ke??

Masa terus berjalan tanpa sedikit simpati untuk menunggu kita yang bersungguh2 bersaing seiring dengan waktu..
cepatnya masa berlalu.. semakin hari semakin matang, semakin hari banyak pengalaman hidup yang diperoleh, pelajaran kita boleh timba di mana - mana, ilmu hidup mana kita nak cari?
melalui pengalaman hiduplah, 
lagi besar dugaan diterima lagi banyak ilmu hidup kita terima...: )
 Belajar benda baru Sekarang ni gigih blajar bahasa hokkien dari kwn cina,Irene.
Bolehlah ckp sikit2 skrg..
dulu law chinese ckp depan - depan kite leh sengih mcm kerang busuk tepi dia
 sebab tak tahu apa yang dibualkan, silap - silap mengumpat kan!
 hiihii...
.tapi skrg dah boleh faham jugalah apa mereka ckp,boleh mencelah berbual sekali (dalam bahasa melayu aje la)..
tapi nak keluarkan satu ayat  lengkap hokkien tu kena belajar banyak lagi...masih dalam pembelajaran..siapa tahu sila tunjuk ajar ya... 
sye murid baru belajar...
jangan kedekut ilmu...(^_^)

antara ayat - ayat yg dapat dikenalpasti..

me'yo - tak ada
pu tong - tak tahu
bo liau - habis
ka liau - habis semua
de'shea -sebentar
se'she -terima kasih
tumpchui - minta maaf
wa she - saya ialah 
pu she - saya bukan
tui -betul
che'che - kakak
siaw - gila
tu pu tui ? - betul tak?

betul ke ni?ini ikut kefahaman ain la, kalau salah tlg tunjukkan yang benar...
okey?

okeyla, waktu sekarang 1:34am,
ain nak mengigihkan diri untuk tidur pula,
pukul 4 sahur, ada juga yang tak bangun sahur ni...
hikhik...
ok...
slmt malam..
eh,
silap da...
selamat pagi!
buat rakan blogger,



wasalam... :)




Tuesday, July 12, 2011

Sekuntum Bunga Cina ♥


Sekarang jam menunjukkan pukul 11 malam, 
lagi 1 jam pukul 12 malam.
Selalu time2 ni mata ni dah terkebil2 nak tidur...
tapi malam ni segar bugar pula, besar mata macam mata panda, 
(panda mesti nak ada ke?)
walau 13 Julai tu tak bermakna pun buat orang lain, 
tapi bagi ain ini tarikh penting..
pejam celik pejam celik hubungan ini bertambah matang dari hari ke hari, 
macam - macam dugaan yang ditempuh, 
macam - macam musim melanda hubungan ni, 
musim bunga ada,
 musim luruh, musim panas & musim sejuk, dingin je, 
lengkap...
terima kasih untuk dugaan, masalah & cabaran 
yang tak pernah putus asa main peekabo!dalam hubungan ini..
dengan bantuan dugaan, masalah & cabaran, 
hubungan ni bertambah matang, 
alhamdulillah..
rasa macam baru je  kenal si dia si abang songkok lengkap 
dengan uniform pengawas disiplin sekolah.,
rasa mcm semalam je terima surat cinta pertama yang dikirim orang,
setiap titik noktah bertukar jadi simbol love hasil dari pen merah, 
cerita cinta kami sangat antik,
 sangat malu - malu kuceng...
first date jarak kami boleh dikira dengan pembaris,
 jarak  lengkap 1 meter tuh......
ok,dah jam 12 tengah malam ni, lagi berapa minit jer,
 jantung ni rasa dup dap dup dap jer, 
berdebar, macam jatuh cinta sekali lagi,
nak wish pada si dia, 
tahun ni special sikit, 
perhubungan kami sama dengan jersi gerrard liverpool,
 kegilaan si sepet saya tu,
 hihi...
berapa lama tu?
 teka sendiri...da....
salam :) :) 


p/s: hati berbunga - bunga..♥♥♥

Friday, July 1, 2011

Kehilangan

Salam,
 Al Fatihah kepada arwah kak Melur,
umur muda lagi baru 20 an..
beliau menghidapi kanser darah tahap empat...
tak sangka cepat benar arwah pergi, 
tak sanggup sangat bila tengok anak-anak arwah yang masih kecil,
paling tua tak silap baru berumur 6 tahun,
 dan yang kecik belum sampai setahun..
tika orang ramai menangis sedih & bacaan yasin mengiringi, 
anak - anak kecil ni sibuk bermain, 
kesian betul tengok, budak kecik umur mcm tu,apa sajalah yang mereka tahu...?
kata anak - anak itu, ibu mereka sdang tidur, 
tanya anak - anak itu 'kenapa ibu tidur tak bangun-bangun lagi ni?"
bila dipeluk anak-anak itu sambil menangis, dia pula yang cakap kita 
"janganlah menangis kakak..."
ibu mereka tinggalkan mereka pun belum tentu mereka faham.
mereka sangat kecil untuk mengerti...
Kuasa tuhan ....
kak  melur tinggalkan hadiah yang tak ternilai sebagai tanda untuk 
kami sekeluarga sebagai ganti bagi sesiapa yang merindui kehadirannya,
 muka anak perempuan yang kedua mirip sekali dengan arwah. 
serupa!
 bila ada kematian ni, mengingatkan ain yang kita kat dunia ni tak selamanya hidup, 
kalau nak meninggal tu sekejap je,
 harini kita sakit, esok tuhan jemput. 
mudahan tuhan permudahkan urusan kita dunia & di akhirat sana...
amin..
semoga roh kak melur dicucuri rahmat & aman di sana....
Al - Fatihah.....

Wednesday, June 15, 2011

Dia..(T_T)

Rasa Sedih,
Risau..
Tak senang duduk..
Dengan keadaan jauh dari dia..
Situasi ini terasa begitu mendera...
Sekalipun sedih 
tak boleh pamerkan pada dia, 
Kalau dia tgk ain sedih sure die lagi down, 
dia yang tengah pressure 
akan bertambah tertekan klu tgk ain down juga...
mana boleh gitu kan?
Banyak betul dugaan datang, 
satu persatu,bagai tak berkesudahan..
 Ya Allah 
kuatkan semangatnya, 
cekalkan hatinya,
 Lagi sikit je perjuangan dia kat sana, 
Hampir sampai di penghujung..
harap dia terus kuat, 
moga tuhan permudahkan segalanya....
amin.....(T_T)


Tuesday, June 14, 2011

Betul Kata Ayah

Sweet kan mereka? 
tanpa mereka tiadalah ain di dunia ni...
harap ayah & mama akan terus sweet & romantik sebegini...


Betul kata ayah,
 Untuk peroleh sesuatu kita perlu mencuba,
walau ianya luar dari apa yang kita miliki & jangkaan kita,
teruskan mencuba & mencuba, 
kerana rezeki datang dari ilahi,
 jika benar itu rezeki yang ditakdirkan tuhan buat kita, 
rezeki itu tetap milik kita..
Terima Kasih ayah,
 Zulazli bin Atan.... 
selamat hari bapa..

(^_^)


Saturday, May 21, 2011

Enam Jiwa Satu Hati

Walau jasad antara kami jauh, 
tapi hati kami tetap dekat, 
persahabatan antara kami berenam 
terjalin sudah lama, 
alhamdulillah, 
sampai sekarang hubungan kami berenam tak pernah putus,
 walau masing - masing agak sibuk dalam urusan masing - masing, 
setakat ini aku bersyukur mengenali mereka...
Setakat ni, 
kami masih tak dapat menetapkan waktu yang betul - betul 
yang bolehkan kami berenam berjumpa semula,
 senang kata reunion lah, hihi..
R.A.N.I.Z.A 

 
antara mereka yang ku sayangi...
mereka yang terbaik...
R.A.N.I.Z.A 


tetap dalam ingatan hingga akhirnya...
moga persahabatan yang dibina akan lebih utuh & berkekalan hingga akhir hayat...

"....Sesegar Hijau Daunan, Begitulah kita diibaratkan...
.....Tiada Siapa Yang Bisa Memisahkan Kita...
......Antara Kita Semua......."


Amin..... ^_^

- 22 Mei 2011/1:55am -

Friday, May 20, 2011

Satu Ribu Sahaja..!

Rasa tak sihat, 
rasa down sgt2,
Selera makan kurang, 
nak kene makan ubat lebih dari 8 biji pil sehari, 
kalau keciq comel tak apa, 
ini besar butang baju dah ghupernya setiap satu, 
sapa tahan? 
huhu..nak telan pun, Gulp..! (-_-")
Jumpa doktor siang tadi doktor kata kalau nak sihat, 
doktor suruh buat operation sikit, 
dengan muka bersahaja, 
doktor Ng kata kos operation tu cuma 
"..SATU RIBU SAHAJA...."
RM 1,000.00 mana nak cari? 
sabar jela..
wuuu ....
(T_T)

Tapi tu tak apa, COBAAN tu...Kuat Semangat Zur Ain...Chayo!
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers