Celoteh pemilk

Selamat Datang ke Blog Zur Ain Zuraisha, Terima Kasih Kerana Sudi berkunjung, jangan lupa tinggalkan jejak anda ya

Friday, July 1, 2011

Kehilangan

Salam,
 Al Fatihah kepada arwah kak Melur,
umur muda lagi baru 20 an..
beliau menghidapi kanser darah tahap empat...
tak sangka cepat benar arwah pergi, 
tak sanggup sangat bila tengok anak-anak arwah yang masih kecil,
paling tua tak silap baru berumur 6 tahun,
 dan yang kecik belum sampai setahun..
tika orang ramai menangis sedih & bacaan yasin mengiringi, 
anak - anak kecil ni sibuk bermain, 
kesian betul tengok, budak kecik umur mcm tu,apa sajalah yang mereka tahu...?
kata anak - anak itu, ibu mereka sdang tidur, 
tanya anak - anak itu 'kenapa ibu tidur tak bangun-bangun lagi ni?"
bila dipeluk anak-anak itu sambil menangis, dia pula yang cakap kita 
"janganlah menangis kakak..."
ibu mereka tinggalkan mereka pun belum tentu mereka faham.
mereka sangat kecil untuk mengerti...
Kuasa tuhan ....
kak  melur tinggalkan hadiah yang tak ternilai sebagai tanda untuk 
kami sekeluarga sebagai ganti bagi sesiapa yang merindui kehadirannya,
 muka anak perempuan yang kedua mirip sekali dengan arwah. 
serupa!
 bila ada kematian ni, mengingatkan ain yang kita kat dunia ni tak selamanya hidup, 
kalau nak meninggal tu sekejap je,
 harini kita sakit, esok tuhan jemput. 
mudahan tuhan permudahkan urusan kita dunia & di akhirat sana...
amin..
semoga roh kak melur dicucuri rahmat & aman di sana....
Al - Fatihah.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers