Celoteh pemilk

Selamat Datang ke Blog Zur Ain Zuraisha, Terima Kasih Kerana Sudi berkunjung, jangan lupa tinggalkan jejak anda ya

Tuesday, July 12, 2011

Sekuntum Bunga Cina ♥


Sekarang jam menunjukkan pukul 11 malam, 
lagi 1 jam pukul 12 malam.
Selalu time2 ni mata ni dah terkebil2 nak tidur...
tapi malam ni segar bugar pula, besar mata macam mata panda, 
(panda mesti nak ada ke?)
walau 13 Julai tu tak bermakna pun buat orang lain, 
tapi bagi ain ini tarikh penting..
pejam celik pejam celik hubungan ini bertambah matang dari hari ke hari, 
macam - macam dugaan yang ditempuh, 
macam - macam musim melanda hubungan ni, 
musim bunga ada,
 musim luruh, musim panas & musim sejuk, dingin je, 
lengkap...
terima kasih untuk dugaan, masalah & cabaran 
yang tak pernah putus asa main peekabo!dalam hubungan ini..
dengan bantuan dugaan, masalah & cabaran, 
hubungan ni bertambah matang, 
alhamdulillah..
rasa macam baru je  kenal si dia si abang songkok lengkap 
dengan uniform pengawas disiplin sekolah.,
rasa mcm semalam je terima surat cinta pertama yang dikirim orang,
setiap titik noktah bertukar jadi simbol love hasil dari pen merah, 
cerita cinta kami sangat antik,
 sangat malu - malu kuceng...
first date jarak kami boleh dikira dengan pembaris,
 jarak  lengkap 1 meter tuh......
ok,dah jam 12 tengah malam ni, lagi berapa minit jer,
 jantung ni rasa dup dap dup dap jer, 
berdebar, macam jatuh cinta sekali lagi,
nak wish pada si dia, 
tahun ni special sikit, 
perhubungan kami sama dengan jersi gerrard liverpool,
 kegilaan si sepet saya tu,
 hihi...
berapa lama tu?
 teka sendiri...da....
salam :) :) 


p/s: hati berbunga - bunga..♥♥♥

Friday, July 1, 2011

Kehilangan

Salam,
 Al Fatihah kepada arwah kak Melur,
umur muda lagi baru 20 an..
beliau menghidapi kanser darah tahap empat...
tak sangka cepat benar arwah pergi, 
tak sanggup sangat bila tengok anak-anak arwah yang masih kecil,
paling tua tak silap baru berumur 6 tahun,
 dan yang kecik belum sampai setahun..
tika orang ramai menangis sedih & bacaan yasin mengiringi, 
anak - anak kecil ni sibuk bermain, 
kesian betul tengok, budak kecik umur mcm tu,apa sajalah yang mereka tahu...?
kata anak - anak itu, ibu mereka sdang tidur, 
tanya anak - anak itu 'kenapa ibu tidur tak bangun-bangun lagi ni?"
bila dipeluk anak-anak itu sambil menangis, dia pula yang cakap kita 
"janganlah menangis kakak..."
ibu mereka tinggalkan mereka pun belum tentu mereka faham.
mereka sangat kecil untuk mengerti...
Kuasa tuhan ....
kak  melur tinggalkan hadiah yang tak ternilai sebagai tanda untuk 
kami sekeluarga sebagai ganti bagi sesiapa yang merindui kehadirannya,
 muka anak perempuan yang kedua mirip sekali dengan arwah. 
serupa!
 bila ada kematian ni, mengingatkan ain yang kita kat dunia ni tak selamanya hidup, 
kalau nak meninggal tu sekejap je,
 harini kita sakit, esok tuhan jemput. 
mudahan tuhan permudahkan urusan kita dunia & di akhirat sana...
amin..
semoga roh kak melur dicucuri rahmat & aman di sana....
Al - Fatihah.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers