Celoteh pemilk

Selamat Datang ke Blog Zur Ain Zuraisha, Terima Kasih Kerana Sudi berkunjung, jangan lupa tinggalkan jejak anda ya

Tuesday, February 22, 2011

Buku Baru

BACK TO BASIC ......
" Rasanya lebih bagus kut, dari dah terlambat baru nak patah balik, lagi susah...
Sila Tutup buku lama, buka buku baru... huurm...."


Monday, February 21, 2011

Perlu Waktu

Waktu ini
perlukan waktu bersendiri.
Ingin masa temenung sehabis boleh.
mencari di mana silap sebenar
dimana punca datangya dugaan tuhan
supaya dapat menenangkan hati yang kacau
Fikiran yang kusut
Jiwa yang sarat
terasa diri terlalu muda untuk menempuh sesuatu yang tidak tertanggung
mohon beri masa
beri petunjuk
beri sedikit saat untuk perbaiki apa yang ada
Syukur, ada Dia yang Maha Esa
syukur juga ditakdirkan bertemu dia yang dicinta
yang tak pernah jemu menyunting semangat
untuk terus cekal hadapi hidup
untuk terus melangkah ke hadapan
tanpa menoleh kebelakang
bukan salah siapa
izinkan..
saat ini
perlukan masa untuk diri sendiri
walaupun seketika
hanya untuk peroleh ketenangan 
ketenangan yang hanya peroleh dari Nya
Menangis Mengenang Mencari Punca hingga kini belum lagi ditemui



Hasil Tulisan : Zur Ain Zuraisha

4.44 ptg/21feb2011 (isnin)



Friday, February 18, 2011

21 ke 12 tahun?

 
Sye berasa sangat marah sekarang,dush dush! umur sye ni 21 tahun or 12  tahun ? 
hukhuk, nilai sendiri...
Mudahan tuhan permudahkan segalanya....amin....
selepas ni susah senang nak peroleh sesuatu tu sendiri tak nak susahkan orang lain , nanti ada org berkira pula, kita tak dapat faedah apepun...hurm...
rasanya umur dia dah jauh lebih matang dari sye,
tapi ntah tgk macam budak kichi jek...hurm.. 
kasi pengajaran sikit sama dia, haha, padan muka! 
gila kejam :P


rasa meruap, panas tak hilang lagi ni,kata nak marah, tak marah juga, 
bercucuran air mata keluar ada la, hukhuk, 
sungguh tak pandai nak marah orang...
marah pendam marah lagi pendam & diam, last last meletop bagai bom atom! 
sejak azali gitu....
knapa???? huuuuu...
perasaan tunggang terbalik sekarang...
akan meletup bila2 masa bagai periuk api..
uwaaaaaa!! (T_T)


ok,Fullstop ..

p/s : entri tiada kene mengena dgn urusan rumah tangga ..


Wednesday, February 16, 2011

Persoalan Tujuh Saat ???


Balik dari keje , mama dan angah terus serbu ain, 
cerita seperkara yang merisaukan kami sekeluarga, tak lain tak bukan berkenaan si ajul. 
Alhamdulillah
si ajul dapat tawaran MRSM mersing..perpindahan si ajul dari smka bndr penawar berjalan lancar, cuma masa pendaftaran MRSM tu agak kacau bilau sikit.
Kesian si ajul agak terlewat pendaftaran, dia ditempatkan satu dorm semuanya pelajar tingkatan 2.hanya ajul seorang tingkatan 1 di dorm tu.
Masa sibuk - sibuk uruskan si ajul, sempat juga ain  berbual dengan dua tiga pelajar kat situ, bukan apa cuma bertanyakan keadaan  kat situ je..

cik ain : dik, dengar kata ragging dkt MRSM ni gila - gila punya, betul ke?

si adik a : tengok nasiblah kak, tak semua pelajar kat sini begitu.

si adik b : kite dulu kene ragging juga kak, budak form atas kita koyak - koyak baju sukan kita sampai rabak.

cik ain : bahaya tu, awak tak takut ke sek kat sini?

si adik b : mula - mula kita takut kak, pastu macam dah biasa je rasanya, tak semua budak - budak kat sini   nakal macam kami.....ada yang baik...heeehheee (senyuman nakal)

cik ain : ish ish...(geleng2)

si adik a : kami dah ok la kak, tu dulu, cikgu kat sini baik - baik, selalu bagi kaunseling..

cik ain : kira dah taubat la ni yer??

si adik a & b : aah la, kami dah jadi budak baik dah... (smbil sengih2 menampakkan barisan gigi ala- ala iklan gigi)

bayangkan, tu baru sorang dua pelajar kat situ, ini belum karenah beratus - ratus pelajar kat situ... 

ok, sebenarnya adengan di atas adalah selingan, ada yang lebih penting dari perkara di atas yang ingin ain kongsi.

balik pada cerita ain, mama angah bagitahu ain ada seperkara pelik yang berlaku dan paling penting iainya berkaitan dengan si ajul.

mengikut cerita mama, mama kata ajul ada telefon no ayah untuk yang pertama kali, kedengaran suara ajul sangat sayu & dalam perbualan suara ajul ada esakan seperti baru lepas menagis & ada gaya macam orang curi - curi telefon pun ada..

ayah : hello, hello
ajul : ajul sembahyang sorang, tak ada orang dekat surau.
ayah : apa jul? hello, hello, hello...........tutttttttttttttttttttttttttttttttttttt.....

perbualan berjalan hingga saat ketujuh dan terus terputus tanpa salam tanpa sempat ayah bertanya apa 2, talian seolah hanya untuk makluman pada kami.

selang 20 minit kemudian, mama pula terima panggilan dari ajul, kali ini nada suara si ajul jauh lebih berbeza dari panggilan pertama, suara si ajul nyata ceria seperti yang selalu kedengaran...

ajul : mama, tadi cikgu kata mama ada telefon cikgu tanya pasal keadaan ajul ea?
mama : aah, ajul ok?
ajul : ajul ok je ma, tak ada apa2, ajul baru lepas makan...
mama : tadi ajul ada tak telefon ayah, nangis2?
ajul : tak ada pun, ni kali pertama ajul call mama untuk hari ni taw...
mama : betul ni ajul tak ada call tadi?
ajul : betul ma, ni baru ajul call ni.....
mama tengok ajul tak sabtu ni? tengok taw...
mama : ok, nanti mama datang dengan ayah ....
ajul     : ok, salam...

PERSOALANNYA......

siapa yang call ayah pada hari itu, nasib henset ayah ada perakam walaupun henset murah, berulang kali kami dengar rakaman panggilan tujuh saat tu, memang sah itu suara si ajul, takkan lah kami adik beradik tak kenal suara si ajul...

sekarang ni kami satu keluarga berusaha memikirkan perkara - perkara yang positif , think positif, harap si ajul baik - baik aje di sana..... :)
Dua KEMUNGKINAN yang menjadi tanda tanya buat kami...

Persoalan 1  :)

Ajul Kene buli ke? kemudian dipaksa untuk berlakon bercakap seceria yang boleh di depan kami sekeluarga??

Persoalan 2  :)

Atau mungkinkah itu suara entiti yang tidak dijemput dengan tujuan sekadar untuk mengusik? (meremang sudah bulu roma, heehee )

Apa Kata Kamu ?



- Salam -

p/s : sekadar berkongsi....

Monday, February 14, 2011

Panda :)

 Selain di zoo berdekatan, di mana lagi kita boleh jumpa panda? Sebenarnya, Di mana - mana ada panda. Terutama dalam makanan kita. tak percaya?

sila layan....

sapa pernah mkn biskut ni? sdp kn kn? dlm dia ada inti coklat, strawberi dan lain2 perasa yang tak dapat dikenalpasti. :P 



bagi yang belum pernah makan, beginilah ghuper bentuk biskut comel hello panda ;) cumil kn?



nak diet? sesuailah roti ni, isi kandungan tak dapat dikenalpasti, mungkin pandan & coklat ?
rasa - rasa nak lebih menarik cicah la dgn nescafe o dan kopi o pada jam 12 tgh malam, nescaya mata anda sesegar & sebutang mata panda.. :P



hujan - hujan dan di musim banjir ni, mesti cepat lapar kan?
kemalasan untuk menyentuh nasi atau makanan berat adalah di tahap maksima,
jadi, makanan yang panas menjadi pilihan, antaranya pisang goreng cicah smbl kicap dan mungkin pau,
pilih je pau mana tekak rasa nak makan, pau kacang, pau kari,pau sardin,pau ghuper panda pun ada,
(sila tgk gambar atas, zoom skit!),  
pilih yang berwarna coklat je,jgn slh pilih oren pula, haram tuh.. :P



wuhu, cumil sungguh kek swiss roll di atas, nak geget pun tak sanggup, geram! tapi makanan tetap makanan, ngaapp!


kek panda lagi, tapi takde ghuper panda, tapi mcm sodap, ngapp lagi,gemuk sudah, hihi ;P
ok, sapa minat makanan bersup boleh pilih bakso versi panda ni, tgklah fishball tu, boleh pula  bentuk ghuper anak panda yang tengah buat muka menaruh simpati, sob sob, cumil kn?




inginkan kelainan untuk sambutan raya tahun ni? agak  - agak terajin boleh la buat lemang panda ni, tunjuk pada budak2 kichi yang susah nak makan, cicah rendang, cicah serundinng, kan sodap!

kalau beginilah rupa kek hari lahir ain, rasanya tak tergamak nak potong kek tu... taruk lilin sebatang, lepas upacara tiup lilin, nyanyian & upacara terima hadiah hari lahir...... sediakan piring.....bagi sorang satu kelopak daun warna hijau kat tepi kek tu pastu suruh main jauh - jauh & makan kenyang - kenyang ....lebihan kek tu simpan dalam peti sejuk jadi kan  rete karun.bulih gitu? gila kejam kan? hahaha  ;) 

2 perkataan..
" PANDA COMEL"

Bye. :) :)
p/s : cuaca panas , pemikiran tidak sihat.





Wednesday, February 9, 2011

Ambil Berkat

5 feb 2011, ain dan juga teman - teman persekolahan pergi kenduri kahwin si cantik manis Nurul ain Zaini. sebenarnya ni bukan kali pertama ain pergi kenduri kahwin kawan sebaya ni, dah banyak kali juga, biasalah umur dah masuk alaf 20 an ni mmg dah layak benar kahwin kan, ain je blum, hehe :P belum sampai seru, hehe(tanda soal)..

ikut soal selidik ala - ala bancian, anggaran kos untuk adakan majlis perkahwinan tidaklah semurah zaman ibu bapa kite dolu2..
tak silap ain menelan juga rm 10,000.00 ke atas untuk majlis sederhana tetapi lengkap. wuhuu...mcmna nak kumpul 10,000.00 tu...banyakkan...??  
ok, tettt! iklan dulu, layan gambar dulu ;)

sebelum itu, jutaan terima kasih pada cik Ella kiter yang sudi berkongsi gambar tuk ditatap pada blog sye yg tidaklah seberapa ni..


tgk tu, yg dua org tu, pose paling depan mengalahkan pengantin ye, inginkan perhatian! haha

tema majlis perkahwinan pada hari itu berkonsepkan warna merah putih. 
berkenaan tema merah putih ni,nak dijadikan cerita .
.ada dua kerja kahwin yang dijalankan pada waktu tu mggunakan tema merah ni. jarak antara khemah hnya lebih kurang berapa meter jer rasa ain, rasa2lah..
dengan langkah yang agak excited ditambah pula kami terlewat hadir seperti waktu yg disasarkan, kami terus pergi ke khemah yang pertama, langkah terhenti, sbb banner pengantin tu wajah yang tak dikenali, selangkah demi selangkah kami undur dan terus beralih arah..
fuhh! 
nasib baik tak masuk kan,cuba bayangkan kalau dah termakan nasi minyak di kat situ & masa nak jumpa pengantin bagi hadiah, tiba-tiba ja pengantin nya berubah wajah, gimana tuh? wuuuu...sudah tentu malu rasa di hati, sembunyi bawah meja seminggu! 


ain bersama cik ella yg cumil, minyak skit muka pada waktu tu, ye la, makan pun nasi minyak kan? heehee ;)


okeh, ini pula kawan baru, kawan rapat cik ella kita, seronok berbual dgn cik ayien tepet ni, bak kata ella, ain kuasa dua ( ilmu hisab kejap)


mesti nk ada ke gambar ni? tak mahu tengok? tutup mata, tutup mata, malu..hehe.. >.<


bodyguard pada hari bahagia itu.


mereka - mereka yang memeriahkan suasana.
dari kiri : inchik izzat, inchik shafuan, cik ayien, cik ella & inchik faiz 



muka minyak di situ, penat wat keje kt dapor taw :P .. jgn dilihat muka tu, fokus pasa kipas tu!tak dapat naik pelamin, bergambar dengan kipas pengantin jadi lah kan,ambil berkat, ambil berkat! hihi

selepas sesi bergambar dengan pengantin, sesi penggambaran di luar pula, mcm2 ragam, ada yang berbual dari awal hingga akhir, ada juga bergayut di telefon, ada yang sempat pergi kedai beli air, & ada juga yang sempat  makan angin di laut berdekatan rumah pengantin, tidak lupa juga ada yg tak sempat buka helmet masa bergambar...hihi

ok,back to basic..
umur dah masuk 21 tahun, dulu sebelum umur menjangkau usia sebegini tak ada pula orang tua - tua nak tanya kita bila nk kahwin? sekarang ni terbalik lah pula, ibu bapa dan orang - orang tua pula tak henti - henti tanya bila nak kahwin..haha..ada orang kata umur 21 tahun ni kira titik permulaan kebebasan sebenar bagi yang bergelar remaja, umur 21 tahun ni. dan ada juga kata umur 21 tahun ni kita tanggung dosa sendiri, entah ek ain pun tak tahu, tak silap dulu masa sekolah agama dulu, ustaz ada kata yang dosa kita atas tanggungan kita sendiri selepas kita baligh .. sebenarnya tak kisahlah yang mana satu betul, umur 21 tahun ni bagi ain adalah peringkat matang, peringkat dimana kita belajar sesuatu dari pengalaman kita, tahu beza mana baik mana buruk..itu paling penting, kn kn kn? 
ok,
rasa - rasa dah berapa patah perkataan ditulis ni? dah ghuper karangan dah..

maaf jika tersilap kata, terkasar bahasa, teremosi, fakta di entry ini bertujuan untuk dikongsi pada yang sudi membaca bukan bertujuan menyinggung mana -  mana pihak.

ok, semekom ;) ;) ;)






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers