Celoteh pemilk

Selamat Datang ke Blog Zur Ain Zuraisha, Terima Kasih Kerana Sudi berkunjung, jangan lupa tinggalkan jejak anda ya

Monday, December 13, 2010

10 Makanan Kegilaankuh

hari ni rasa sangat stress di tempat keje ini, jadual kerja sangatlah pack.oleh kerana stress inilah resultnya...makan, makan dan makan, laparnya...heee !

1. Tomyam


Tomyam...uh, sdpnya tak terkata, masamnya, bila makan masa panas, tak terkata rasanya. selalu makan tomyam ni dekat kedai kawan ayah incik sepet, tomyam dia mmg super sedap la...ditambah pula dgn sotong goreng tepung, wuuuuu...sangat sedap.lokasi dekat giant extra, taman suria.

2. Kacang Poll


hihi, knl tak ni? rasa ain orang luar dari johor tak pernah dgr kut, rasa ain. klu dh mkn kacang pool ni mmg tak hengat dunia, tak pandang kanan kiri okeh, klu sesape lambai dari jauh, ain buat tak nampak je, hehe..klu nk mkn kcg pool ni kene pegi jauh skit la...... larkin bomba sana....mknan ni nmpk je mcm tak cukup mengenyangkan tapi jagn nilai ia dari jauh saja, try la p mkn, buat yang jnis tak mkn byk, mmg bnda ni mngenyangkan, jadi iainya tak la berapa menjejaskan  saiz badan anda untuk yg nk diet tu..hikhik... 


 3. Rojak


Rojak, aummmmmm! haih ni lagi malas nak tenung gambar ni lama2, nafsu makan dah tergugat dah...hihi, rojak berkuah pekat pilihan ain, klu mknan lain boleh kongsi2, tapi...klu rojak, ain tak perlu rakan berduet tu habiskan, ain sorang boleh ja....hihi..rojak boleh dapt kt mana2, yang paling sedap prnh rasa kuah rojak langkawi, mmg best la!so, apa lagi, sapa g langkawi tu sila2 la blikan ain kauh rojak petis dari sana, tak nak skit2, nak 1 Dozen!!! :) :)

 4. Nasi Berlauk & Sambal Belacan




Kalau orang melayu tapi tak makan lauk pauk melayu mmg la tak sah, mmg rugi la klu sapa tak makan, pilih ajalah, macam2 lauk tersedia, seperti dia atas tu...haip! jangan tenung lama - lama, itu semua ain punya, yeah!! haha..


 5. Laksa Penang


Ni kegemaran no 1 ain. dari  kecik lagi ain suka, nak tahu knp?dulu ain ddk  kat penang, so laksa ni mmg tak bole tinggal, mmg klu jumpa laksa nii, yang lain tolak ketepi truih....haha...mmg saya anak kelahiran pulau pinang, so tak salah kan jadi peminat laksa penang?wah! tak bole handle dah ni, kecuq ayaq liuq cheq...heeehee ;)

8. Mee rebus


Mee Rebus kali pertama makan dgn cik Aleeayia Othman, di pasar kampung melayu majidee, mmg bes. mula2 tak suka, tak alih2 tetibe je bole suka benda alah ni, bulih gitu?

6. Takoyaki



Takoyaki mahal skit, tpi ak tahu la knp suka benda bulat2 mcm teloq ni..hihi...mmg sedap...dah ghuper jemput2 pun ada, atau dlm bahasa utara cuchoq..hihi...yg ni setakat yang ain tahu boleh dapat dekat giant extra taman suria & City Square, tak jauh tu....dekat jer ;)


 7. Hot Plate Yee Mee

mkn benda alah ni time panas2 mmg la melekakan, lihat sje hot plate yang luas tu, dh mcm swimming pool, mmg knyg gila sekali hadap benda ni...


9. Kueteaw Tomyam

Untuk  pengetahuan umum, saya peminat kueteow , terutama dibuat sup or seumpama dgnnya...tapi yang pelik dari dulu hingga waktu ini, nak eja kue teow dgn btul pun susah, tahu makan jer...ngeeeeee !


10. Masakan Mama Sayang!

And finally, sampai juga ke bab ini, masakan mama...masakan mama bagi ain adalah masakan yang paling sempurna, tak ada orang lain bole lawan,hihi..antara masakan mama yang ain suka sampai bila - bila ialah, sambal tumis mama.sambal mama sedap makan dgn apa2 saja...walaupun dimakan dgn biskut kering di waktu malam (Rutin Harian). Asam pedas mama, sup rempah mama & banyak lagi la, sume sdp...
(p/s : mama, malam ni masak ap????hikhik)

cukup setakat ini entry pada kali ini, dh kecur air liur kn?kat mata ni dh tak nampak apa, nampak makanan ja..perut pun dah lapar bagai...apakata kita jalan - jalan cari makan!...yuk!!

sekian,terima kasih.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers