Celoteh pemilk

Selamat Datang ke Blog Zur Ain Zuraisha, Terima Kasih Kerana Sudi berkunjung, jangan lupa tinggalkan jejak anda ya

Wednesday, March 23, 2011

Sila Nilai Saya


Ntah Kenapa Semenjak dua menjak ni
mood tuk snap gambar - gambar tentang alam semulajadi ni menular. 
Berkobar - Kobar.. 
Berbekalkan henset murah di tangan, beserta lagak bagai camera woman(gedikss),juga bantuan dari model - model upahan (upah singgit pi main jauh - jauh)
ini lah hasilnya yang rajin ain upload untuk paparan umum...
tadaa ... ! 
harap kamu - kamu sudi tengok ye hasil keje yang tak seberapa ni....

sebelum itu ......... 
Sila Klik gambar di bawah untuk imej " BESO PUNYE" okei?

IMEJ 1


Caption : ain suka part awan tu, awan di langit terlihat jelas dkt air laut tu, macam cermin kn? 

IMEJ 2

Caption : Suka tengok budak kichi lari, macam comel je, heee ;)

IMEJ 3


Caption : ini satu - satunya model lelaki tunggal ....

IMEJ 4

Caption : Aktiviti Mencari Khazah Laut Di Pasiran Pantai. 

ok, tu je, 

Mohon kerjasama dari rakan - rakan
yang sudi tuk meringankan jari - jemari menilai hasil kerja pertama kali ain ni.
Banyak lagi kena belajar, 
Pendapat & komen membina dialu2kan...

Terima Kasih.
 Salam......


 


 

Tuesday, March 8, 2011

Nota Cinta Dari Jauh


 Dear Zur Ain Zuraisha
You are one in a million.
Even million girls around but i want you,
 
Maybe you are meant to be with me and,
I'm proud to be your first love.
Loving you is the best thing that happened in me,
I'm really in love with you my dear.
Kindhearted of you,
 
Amazing care from you,
Kisses that you gave on my hands,
Unique and no one gave me that like you did.
 
~Zuraisha 4eva~

 Tak Tahu lah ye, 
walau usia perkenalan dalam tempoh yang lama, 
Alhamdulillah rasa yang terbit pertama kali dulu
tak pernah berkurang sekalipun hubungan ini dimamah masa.
Alhamdulillah..
Perasaan ini hadir dengan izin tuhan,cukup - cukup bersyukur pada Nya yang lahirkan rasa ini dalam hati kami. 
Harap hubungan ini berakhir dengan ikatan yang sah..
Pegang kuat kata - kata orang tua kita, 
Kalau ada jodoh, Tak Kan Ke mana..
.Pi mai pi mai tang tu juga kan? 
InsyaAllah, 
kuat jodoh antara kami..
amin.........


p/s : i love you eternally... :)
Kawan - Kawan Tolong doakan Kami Ya....
Terima Kasih

Friday, March 4, 2011

Seung Ri

Gila minat pada si Seung Ri, kalau terjumpa betul agaknya pengsan truih kut, haha...
malas nak tulis panjang lebar hari ni, 
sila layan je okeh? (^_____^)


tengok tu seung ri ada panda,
macam tahu - tahu je ain ni gila panda kan... :)

ain suka tengok seung ri dalam sut putih, comel & segak sekali...bagi ain die memang sesuai sangat dengan warna putih...

 ni  cubaan seung ri dengan warna kuning, tetaplah comel...kan kan? wuuuuu...


tak puas tengok seung ri kaku di gambar, sekarang tengok seung ri dalam video, siapa tak nak tengok sila tutup mata, heeehee...

Seung Ri ni sebenarnya ahli kumpulan BIGBANG, alah yang ada GDragon tu, tipulah kalau tak ada orang kenal mereka yang femes ni..... :P

 ini pula lagu big bang yang paling popular, sila dengar, tak dengar rugi kamu, kamu & kamu, haha ;)


ok, tu je, cuma nak kongsi minat,
cuma minat je, incik sepet tetap no pertama di hati,(ayat bunga - bunga cinta di sini)
jangan risau incik sepet ye... :)
...nak muntah ke? ala tak baik gitu,tutup mata sudah.. okeh?

salam.

Contest Senyuman Paling Ceria





Tengok teman blogger join teringin juga hati ni turut serta. 
Jom kita Beramai - ramai join Pertandingan anjuran blog Simple & Nice ni.

Buat Pertama kali, sekadar cuba nasib,gambar di atas  ini je gambar yang ada, hihi.

Mengapa ain tersenyum sebegini,
ini adalah kerana ketika gambar ini diambil di tepi gelanggang futsal ketika salah seorang dari sahabat ain mengeluarkan pencemaran bunyi tanpa segan silu di khalayak ramai 
dan si pesalah buat muka selamba macam tak ada apa- apa berlaku..
ain pula yang malu dibuatnya..
boleh ke gitu? 
tapi itulah kisah benar yang terjadi waktu tu. 
Kenangan manis tu..haha  :P

Di sini ain tag 3 orang rakan blogger agar join pertandingan ni sekali, kawan - kawan blogger apa lagi ditunggu, jom kita  ;)
cik miera 
♥   Cik Pqa 
 
Sekian, Terima Kasih.


Thursday, March 3, 2011

Di antara Dua Peluang

 
Di antara dua Peluang yang kita peroleh 
kita hanya mampu memilih satu sahaja....
Dan jika kita sudah membuat pilihan,
kita kena terus berjuang & tidak berpatah balik
walau apa jua cabaran, 
tiada perasaan kesal, 
kerana ...
jalan itulah yang kita pilih dari saat kita berbuat keputusan dahulu....

Dari hati 04 Mac 2011(Jumaat), 9.44 pagi  : Zur Ain Zuraisha

Blog & Header Baru

Blog & Header Dipenuhi Panda, tukar lama, ganti yang baru...suka suka!  (^_^)

Sekian, Terima Kasih.

Wednesday, March 2, 2011

Al Fatihah

Salam Takziah Buat Keluarga Haji Salleh sekeluarga, 
Moga Incik Sepet & keluarga tabah menjalani dugaan hidup ni di atas kematian nenenda tersayang, 
yang pergi tetap pergi & yang hidup mesti teruskan hidup,
itulah kita manusia, tak ada yang kekal di dunia ini melainkan dia yang maha berkuasa. 
Jenazah sampai lebih kurang pukul 9 lebih pagi tadi, ain minta masuk lewat sedikit ke pejabat,
dalam hati tak dapat sumbang apa - apa dapat sedekahkan surah yasin jadilah.
Pengembumian lepas zohor nanti, kalau ada kesempatan lagi  ain pergi. 
Tak tahu hati terasa sebak sangat ketika lihat jenazah diusung, walaupun tak rapat dengan arwah , 
sebagai manusia terdetik di hati bahawa suatu hari nanti hendak atau tidak kita akan menghadapi kematian tapi kita tak tahu bila,
kita ni cuma kerdil di sisi tuhan, tapi selama ni kita leka dengan hidup di dunia yang sementara.
Terniat dalam hati pabila perginya ain mengadap ilahi ain mohon segala urusan jenazah dipermudahkan tak mengaibkan ahli keluarga ain...amin...
InsyAllah, hanya tuhan yang tahu.
Dari dia kita datang dan kepada dia juga kita kembali, 
Semoga arwah nenenda incik sepet tenang & dicucuri rahmat di sana.
mohon sama - sama sedekahkan Alfatihah buat arwah.....


.Tamat .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers