Celoteh pemilk

Selamat Datang ke Blog Zur Ain Zuraisha, Terima Kasih Kerana Sudi berkunjung, jangan lupa tinggalkan jejak anda ya

Wednesday, January 26, 2011

Photoshoot Di Tanjung Balau (^_^) Minggu Pertama


kami sekeluarga ;)

ayah mama posing ala - ala cite titanic,nasib mereka sporting di waktu itu :)


ish ish, anak sapa la ni main atas lalang ni? sye ke? malu2..hihi (= =,")

view tg balau

angah, ajul dan nini

nini ajul berlatarbelakangkan tg balau

nini, saya & si ajul

amoi cepet ma, si angah :)

cantik kn? ini sungai di tg balau..

rasanya tak perlu letak caption :)

3 orang budak tomel :)

depan muzium nelayan :)

buai laju laju sampai pohon sena, apa dalam baju?
sekuntum bunga cina :)


yah! itu jejaka kami

smka bandar penawar









Tuesday, January 25, 2011

Jgn Main Teka Teki

Risau, 
Kalau dapat bagitahulah,kalau tak dapat bagitahu jugalah, 
jgnlah senyap je tak bagi jawapan, stress tawu? 
Planning Tergangu :(



Release Tension dgn Gaya Comel :)


Tahu tak kerja di ofis  sangat memenatkan walau hanya duduk di pejabat sahaja?
pinggang terasa begitu sengal2 dan mata juga terasa penat akibat terlibat sama memerah tenaga.
Tiap - tiap hari melakukan rutin yang hampir berulang, 
kali ni cuba teknik baru untuk hilangkan tekanan kerja yang tak pernah habeh ni..
kidnap masa tak sampai seminit pandang ke luar tingkap melihat hijau daunan, 
kalau rajin terlebih , kira sekali berapa helaian daun yg melambai - lambai di pokok rendang tu,
 (kalau rajin lah) :) 
sekali - sekala tawaf sekeliling pejabat ambil angin luar yg sepoi - sepoi tu bes juge ,  itu lebih baik dari terperap seharian di dlm pejabat ni dgn persekitaran air cond yg tak berapa baik untuk kulit & kesihatan kite2 ni ..:) 

kalau tak hilang juga rasa letih & tekanan kerja tu cuba gaya comel ini :-

 1


 2



3



5

6

7

ok, dah buat ke? 
jamin 110% nescaya selepas ni anda akan secomel & secergas anak kucing  ini...
Selamat Mencuba ;)

- Salam -

Sunday, January 23, 2011

Have Fun ;)

Semalam,
 ye hari ahad, skali lgi drive tuk memantapkan pemanduan, pinjam sat kata2 ayah.kami sekeluarga mandi manda di tanjung sedili, mula mula datang main celup2 kaki , je tapi akibat tak tahan godaan si laut maka satu badan habis la lencun, sunburn lagi la,heehee.. 

(gambar contoh)

tak hengat dunia kami main air, 
si ayah sempat buat facial muka ala 2 spa di situ, menggunakan apa? menggunakan pasir, ayah kata pasir bagus untuk muka... ye ke? agaknya kut, heehee... si ajul dan nini, dengan rela hati landing di pasiran ala2 gaya beradu di tilam sendiri...home sweet home. :P 

(gambar contoh)


cukup lama kami sekeluarga tak mandi pantai,
 seriously, cukup gembira saat tu, terutama adik2, siap main kuda- kuda lagi kt tepian pantai, sapa jadi kudanya? udah tentu ayah, ain nak tumpang sekaki tapi kemaluan melebihi keinginan, so tgk ajalah kanak2 kecik tu bermain, sempat juga tangkap gambar2 mama di tepian pantai. 

sygnya,
 kami hanya dapat mandi di persisiran saja, sebabnya, bendera merah terpacak kt tgh batu tu, amaran! ombak besar pula saling berlumba2 menghempas pantai,jadi  kami diarahkan tuk naik, agak terkilan jge masa tu tak dapat mandi lama.tapi dalam situasi tu ada jugak yang berhati batu & berbadan kebal kut, mugkin telinga orang itu banyak sangat masuk air masin jadi kesannya agak pekak di situ, apalagi si beach boy dengan suara yang slumber bersuara  " incik yg terapung menggunakan gabus, sila naik ke pantai, sesungguhnya gabus itu tidak menyelamatkan nyawa anda! " dengan perasaan kemalu2an & kebengangan mungkin, si dia melangkah dalam keadaan terpaksa sambil membaling gabus, "haha, padan muka degil sangat! " bisik si ajul.


(gambar contoh)

biasala, 
kalau dah mandi tentunya lapar kan? mama bentang tikar, dan menghidang makanan, tugas ain bertentang mata dengan  makanan disertai nafsu lapar. ayah nini ajul memilih untuk makan di bawah pokok.

 almaklumlah, 
ayah ain spe tak kenal, bersahaja walau di mana saja berada, dengan bersahaja, ketika dengan penuh fokus ain mengadap makanan , si ayah telah menghasilkan pencemaran bunyi, klu slow tak apa, ini kuat, smpai pengunjung2 lain pun berminat nak tahu dari mana bunyi itu datang, haha;) kami pandang ayah, ayah kata 
 " eh, knapa pandang ayah, ni bukan salah ayah, pokok ni yang berbunyi " , sambil ketawa mengekek, sabar jela kan, ayah sapa la tu kan? :P :P

 makan2, 
bebel2 akhirnya sampai masa untuk pulang , dalam sibuk2 mengemas, sekali lagi kami diusik dengan perkara2 yang bukan2, pengunjung baru,proton gen2 dengan laju meluncurkan keretanya di atas tikar yang belum sempat kami kemas, bahaya itu olang, tikar pun dah tak nampak, mungkin perasaan terujanya melebihi segalanya pada wktu tu, dalam kereta kami anak beranak  mula bergosip, seperti biasa ayah dengan selambanya membuka cerita," ish ish, ko nanti klu memandu sorang jgn jadi gitu kak, kat depan pun dah tak nampak apa2, berangan agaknya, ayah rasa dia ingat kite sediakan tempat parking vip tuk dia kut siap dengan tikar.. " sekali lagi mulut laser ayah laju terkeluar dari mulut kalah machine gun, haha :P

 Finally, 
antar si ajul di asrama & bertolak pulang, sayangnya aktiviti kami ni  hari itu tak lengkap tanpa angah, si angah terpaksa keje..harap hari - hari berikut selepas ni angah dapat la itot kami jejalan gini..kan bagus tiap2 hari kami hepi begini, tapi biasalah, hidup, tak selalunya gembira, ada masa kite bersedih, dah nama hidup, begitulah...jari jemari ni rasa begitu tenat, penat semalam pun tak habeh lagi, full stop smpai sini....akn datang bila dah topup tenaga ni balik, insyaAllah gambar akan di  upload..

sekian :)

p/s : tlg doa2kan  loan lulus, bersungguh nak pkai kereta sendiri , susahnya tak ada transport, tuhan je tahu..
(= _=")

Friday, January 21, 2011

feedback

feedback  list work to do 


♥  key in balance gaji sazali   beres!


♥ Borang En Huissein BSQM  beres!


Sebutharga TM (lima helai) beres!


♥ Baikpulih agreement TR      belum :C


kerja smlm alhamdulillah berjalan dengan lancar, tinggal 1 je lagi tak siap, tak pe take ur time ain, bos kamu kan baik hati kn?, heehee ;) :P




mood  : emosi tunggang terbalik.


ngomelan : half day half day yeay!





Thursday, January 20, 2011

List Work To Do

Jumaat bersamaan 21 jan 2011
 
♥ Key in balance gaji sazali
♥ Baikpulih Agreement dengan TM
♥ Dapatkan borang En hussein bsqm seperti yang dikehendaki
♥ buat sebutharga TM ( tie kabel Qty : 3 each)

mood : Pusing biji mata
Ngomelan : dah berapa hari free dari keje, skrg bila masyuk, hambik ko! (gelak padan muke tuk diri sendiri)

Wednesday, January 19, 2011

Rindu Tempat Bermain

 tetiba rindu dekat tempat bermain dulu......


ni panorama dari benteng dekat depan hospital Tengku Ampuan Afzan..
selalu main permainan kat sni, dekat tepi taman tu ada kubur, tapi perasan teruja melebihi perasaan takut dikala itu, so teruskan bermain.....heeehee ;)
kadang2 masa kami duk leka main buai laju2 ayah penuhi masanya dengan memancing..

teluk cempedak!!! rindu kamu...huhu...kat sini tempat hujung minggu kami sekeluarga...makanan kat situ sume bes2, main layang2 pun boleh...paling bes mandi kat situ...

ain rindu kuantan & penang, teringin nak pergi sana, nak jumpa kenalan di sana, rindu sangat, nak jumpa nenek angkat, cik pojie, cik malik, nina, marzulaiha, noraini & ramai lagi... agak2 mereka ingat ain lagi tak? bila nak g sne kan? rase mcm tak dapat g je sbb jauh...huhu... :(
duduk kuantan ni pun sebab ayah kerja tentera udara dulu....

ain anak jati johor, tapi kad pengenalan 07, mengapa? 
sebabnya...
ain anak kelahiran penang...kami dulu duduk dekat seberang perai.
ingat masa kecik2 dulu kami sekeluarga selalu pergi tempat ni...

bukit bendera, rindu juga nak singgah tempat ni..

perasaan rindu makin membuak2 kepada dua buah negeri ini, tak sabar2 untuk menjejakkan kaki ke tempat2 ini, sekarang dalam proses mengumpul duit & menggoda ahli  keluarga bercuti ke sana, harap2 ada rezeki...hihi..

1 je ayat tuk describe 2 buah negeri ni,
" Awesome "

jangan dilupa, di johor banyak juga tmpt2 menariknya, makanan sedap & ada warisan tersendiri..sayang johor lebih....heeeheee...... ;)

till then, 

wink! ;)

Salam.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers