Celoteh pemilk

Selamat Datang ke Blog Zur Ain Zuraisha, Terima Kasih Kerana Sudi berkunjung, jangan lupa tinggalkan jejak anda ya

Saturday, May 21, 2011

Enam Jiwa Satu Hati

Walau jasad antara kami jauh, 
tapi hati kami tetap dekat, 
persahabatan antara kami berenam 
terjalin sudah lama, 
alhamdulillah, 
sampai sekarang hubungan kami berenam tak pernah putus,
 walau masing - masing agak sibuk dalam urusan masing - masing, 
setakat ini aku bersyukur mengenali mereka...
Setakat ni, 
kami masih tak dapat menetapkan waktu yang betul - betul 
yang bolehkan kami berenam berjumpa semula,
 senang kata reunion lah, hihi..
R.A.N.I.Z.A 

 
antara mereka yang ku sayangi...
mereka yang terbaik...
R.A.N.I.Z.A 


tetap dalam ingatan hingga akhirnya...
moga persahabatan yang dibina akan lebih utuh & berkekalan hingga akhir hayat...

"....Sesegar Hijau Daunan, Begitulah kita diibaratkan...
.....Tiada Siapa Yang Bisa Memisahkan Kita...
......Antara Kita Semua......."


Amin..... ^_^

- 22 Mei 2011/1:55am -

Friday, May 20, 2011

Satu Ribu Sahaja..!

Rasa tak sihat, 
rasa down sgt2,
Selera makan kurang, 
nak kene makan ubat lebih dari 8 biji pil sehari, 
kalau keciq comel tak apa, 
ini besar butang baju dah ghupernya setiap satu, 
sapa tahan? 
huhu..nak telan pun, Gulp..! (-_-")
Jumpa doktor siang tadi doktor kata kalau nak sihat, 
doktor suruh buat operation sikit, 
dengan muka bersahaja, 
doktor Ng kata kos operation tu cuma 
"..SATU RIBU SAHAJA...."
RM 1,000.00 mana nak cari? 
sabar jela..
wuuu ....
(T_T)

Tapi tu tak apa, COBAAN tu...Kuat Semangat Zur Ain...Chayo!
 

Saturday, May 7, 2011

Mama

Tiada hadiah yang dapat diberi bagi menggantikan kasih sayang seorang ibu buat anaknya.
Tanpa kasih sayang seorang yang bernama kekasih kita masih boleh meneruskan hidup, 
tapi percayalah tanpa kasih sayang seorang ibu hidup kita bagai bahtera tanpa kemudi..kasih ibu memang tak ternilai harganya..
entri ini ditujukan buat mama yang tersayang...

Masih ingat lagi, masa  sekolah rendah dulu mama hantar pergi sekolah, selagi belum hilang dari pandangan, selagi mama rasa ain dalam keadaan tak selamat masuk kelas, selagi tu lah mama tak balik rumah. 

Bila waktu ain kurang sihat, mama sanggup berjaga malam tak tidur menjaga ain sampai ain sihat, mama paksa makan ubat walaupun ain lansung tak gemar makan ubat ni...

Habis saja waktu kerja & waktu sekolah, orang pertama yang ain tuju selepas sampai rumah mesti nak cari mama dulu dengan tujuan nak kongsi cerita HOT sepanjang hari itu.Sangat seronok berbual dengan mama, macam kawan, apa - apa pun boleh kongsi. 

Rasa terharu tika poket ain kosong, mama sedia hulurkan duit walaupun ketika tu saku mama turut kering. paling sedih bila mama kata, " mama susah tak apa, yang penting anak mama tak susah.dari dulu hingga saat ini, jika teringat ayat ini, pasti air mata ain akan mengalir sederas- derasnya.(T_T)

Ingat lagi waktu kerja dulu, ain berkeras tak mahu bawa bekal, alasan tak lapar, tapi mama tetap letak bekal dalam beg ain, bukan hanya nasi, siap dengan jajan lengkap, sama juga waktu jalan jauh sendirian, macam - macam mama bekalkan , alasan mama, tak mahu ain kelaparan.

Masa mama sakit dulu,lepas pembedahan mama terlantar tak berdaya buat apa - apa, tapi dalam sakit - sakit tu mama tak putus - putus bertanyakan khabar kami adik beradik, samada ok atau tidak. dah makan ke belum, ada masalah atau tidak...

Mama memang yang terbaik...tak ternilai kasih sayang yang mama curahkan..

Kadang - kadang bila kita dewasa ni, kita sebagai anak lupa yang ibu kita perlukan kita, kadang - kadang permintaan ibu kita hanya sikit sahaja tapi kita tak dapat tunaikan, malah kita jawab " ah!", dan adakalanya perkataan kasar yang ibu kita terima.tapi tidakkah kita terfikir segala permintaan kita dari kecil , semuanya ditunaikan oleh ibu kita tanpa sebarang keluhan.

Dulu kecik - kecik ain tak faham kenapa kita tak boleh derhaka pada ibu kita..tapi sekarang bila umur mematangkan kita, baru ain tahu, betapa besar pengobanan ibu, sesungguhnya syurga di tapak kaki ibu ..

Buat mama, maafkan akak  kerana tidak dapat buat mama bangga dengan pelajaran & kekayaaan.Hanya bakti seorang anak & kasih sayang yang tak seberapa dapat akak curahkan buat mama..Tanpa sengaja kadangya akan mengecilkan hati mama tanpa akak sedar...untuk buatkan mama berbangga dengan akak, tiada apa yang dapat dibanggakan, aka tak tinggi ilmu, tapi budi bahasa , lemah lembut & hormat,yang mama terapkan untuk kami semua sejak kecil akan menjadi panduan akak sepanjang hidup akak...hingga akhirnya...

Selamat Hari Ibu mamaku, Pn Rahmah Binti Supandi... ♥♥♥

Sayang Mama dunia & akhirat, amin...... :)




 

Wednesday, April 27, 2011

Sekian

Dah lama benar tak ketuk keypad komputer ni...sebenarnya terlalu sibuk sekarang....sangat sibuk, tahap maksima.rindu blog, jadi jenguklah sebentar. Hari tu sempat bercuti di pantai penyabung, bertambahlah hitam tona kulit ni kan, haha.pipi pun makin montel tapi orang cakap badan makin keciq, keciq ke ketot...(??????) ..teeett..ada masa terluang sambung lagi..

bye,salam.

p/s : hidup mesti belajar terima kenyataan .. :) :)

sekian.

Monday, March 28, 2011

Terasa pedih Juga Sakit !

Sekarang ni..
rasa sakit...........
rasa pedih sangat.......
alahai,
Tolonglah jangan macam ni, 
bikin hati tak senang,
Takkan nak ikut rentak kamu je....
nak buat kerja pun ssh,
ganggu je, 
huh!
tolonglah jangan wat saya sakit lagi,
............................................................
............................................................
.............................................................
 wahai MATA... !
nak sakit MATA ke ni.....
janganlah yer...
ke jangkitan dari lens ni.....
aduh!
janganlah........
harap - harap baik je..
kalau dah  takleh handle sakit ni.....
nampaknye
kene la wat date dengan doktor....
sembuhlah cepat wahai MATA ...

Friday, March 25, 2011

Yea Yea Kahwin !


Sekarang ni ramai orang kahwin muda kan?
Ayah kata kahwin ni lain sikit dari hubungan cintan antara kekasih, 
waktu kita bercinta, 
hati bagai digoda - goda oleh syaiton untuk berjumpa dengan kadar kerap.
Bukan tu je, bila dah jauh antara satu sama lain, 
RINDU  pula menjelma, 
hati meronta - ronta nak jumpa si jantung hati  yang jauh di sinun, 
betul - betul COBAAN nih...


Tapi selepas BERKAHWIN, 
rasa rindu dan sayang tu mula pudar,
Kenapa ek?(sebenarnya bukan semua, sebilangan rumah tangga je)...
sambung celoteh ayah tadi, 
ayah kata bila dah kahwin ni, 
kita jumpa tiap - tiap hari, pagi petang siang malam,
bak kata orang, jumpa hingga nak termuntah rasanya.
orang yang kita cinta tu kita mengadap tiap - tiap hari.
Baru ain faham kenapa  kita kena hadir kursus kahwin ,ini kerana.... sekurang - kurangya kita dapat belajar ilmu perkahwinan sikit - sikt, 
walaupun yang kita peroleh tu hanya dari teori je.Tapi dapat la bantu sikit - sikit kan. moral of the story ayah kata kita kena faham dulu situasi sebenar selepas kahwin ,
kalau tak ambil berat tentang semua ni , kahwin dengan cara terburu - buru mungkin akan mendatangkan kegoyahan dalam rumah tangga suatu hari nanti. 
kena fikir betul - betul, bak kata mak cik ain
, " PERKAHWINAN NI BAGAI SATU PERTARUHAN/PERJUDIAN" 
kita tak tahu apa perjalanan yang akan kita tempuh selepas perkahwinan, samada nasib kita BAIK atau sebaliknya....
peringatan untuk diri sendiri & dikongsi dengan rakan - rakan, sebelum kita tempuhi alam perkahwinan, PASTIKAN KITA BENAR - BENAR BERSEDIA.  
Kebahagiaan & keteguhan sesuatu hubungan tu samada dalam perkahwinan/ hubungan chenta bergantung pada kita yang mencoraknya, nak cakap lebih pun tak boleh, sebab ain belum lagi tempuhi alam perkahwinan, ain pun cetek ilmu dalam hal mcmni, 
banyak lagi kena belajar, 
semua celoteh kat atas ni berdasarkan pengalaman orang yangd dah makan garam lebih dulu dari kita, 
ain cuma kongsi je.... 
buat umum yang akan melangkah ke alam perkahwinan,
SELAMAT MENEMPUHI ALAM PERKAHWINAN.
moga perkahwinan yang dibina akan terus teguh & bahagia hingga ke akhirnya. 
Ain percaya semua GADIS impikan 
PERKAHWINAN YANG BAHAGIA & KEKAL HINGGA KE AKHIRNYA 
dengan orang yang tersayang, bukan takat anak cucu je,sampai bila - bila......AMIN.. 
Begitu juga ain, tipulah kalau tak ada angan - angan gitu kan??? 
hehe....malu sudah... :P 
okeh, Cut! tutup cerita, tukar cerita lain....eheh..


Salam....

Wednesday, March 23, 2011

Sila Nilai Saya


Ntah Kenapa Semenjak dua menjak ni
mood tuk snap gambar - gambar tentang alam semulajadi ni menular. 
Berkobar - Kobar.. 
Berbekalkan henset murah di tangan, beserta lagak bagai camera woman(gedikss),juga bantuan dari model - model upahan (upah singgit pi main jauh - jauh)
ini lah hasilnya yang rajin ain upload untuk paparan umum...
tadaa ... ! 
harap kamu - kamu sudi tengok ye hasil keje yang tak seberapa ni....

sebelum itu ......... 
Sila Klik gambar di bawah untuk imej " BESO PUNYE" okei?

IMEJ 1


Caption : ain suka part awan tu, awan di langit terlihat jelas dkt air laut tu, macam cermin kn? 

IMEJ 2

Caption : Suka tengok budak kichi lari, macam comel je, heee ;)

IMEJ 3


Caption : ini satu - satunya model lelaki tunggal ....

IMEJ 4

Caption : Aktiviti Mencari Khazah Laut Di Pasiran Pantai. 

ok, tu je, 

Mohon kerjasama dari rakan - rakan
yang sudi tuk meringankan jari - jemari menilai hasil kerja pertama kali ain ni.
Banyak lagi kena belajar, 
Pendapat & komen membina dialu2kan...

Terima Kasih.
 Salam......


 


 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers