Celoteh pemilk

Selamat Datang ke Blog Zur Ain Zuraisha, Terima Kasih Kerana Sudi berkunjung, jangan lupa tinggalkan jejak anda ya

Tuesday, March 1, 2011

Trip Johor Bahru - Mersing

Salam

Rasa hampir sebulan hilang mood untuk merajinkan diri menulis entri baru di blog. 
Hari ni ada sedikit kerajinan.
Dipendekkan cerita, Ahad 27 Feb Lepas kami pergi bercuti di Pantai Air Papan, Mersing. 
Trip keluarga, dua Buah kereta, yang terlibat untuk aktiviti menggelapkan kulit di pantai air papan adalah Incik Sepet saya, Mama, Nini, Cik Ina, Nenek, Ika, Ila & si kecil eca tak lupa juga si ajul. 
Seperti biasa Incik Sepet ditugaskan membawa kami selamat pergi dan selamat pulang ke destinasi. Mak cik pula pakai kereta sendiri, tugas ain duduk di sebelah kerusi pemandu duk menyanyi memeriahkan suasana...(menyanyi dalam hati) tidak kurang juga sebagai penasihat kepada incik sepet pabila memandu laju di selekoh merbahaya, kesian kene bebel....(kebal telinga) heehee :)
Selepas ambil si ajul di mrsm kami terus bertolak menuju Pantai Air Papan, Dalam perjalanan kami dijamu dengan pemandangan yang menarik, sawah padi luas terbentang & menguning, ditambah pula dengan latar belakang gunung - ganang, sangat cantik! SubhanaAllah..ain sempat pesan pada incik sepet waktu balik nanti singgah bergambar di kawasan sawah padi tu...hihi..
Sampai di tepian pantai, aktiviti pertama kami adalah MAKAN, wajib yang itu! hihi... kesian pemandu saya sudah kelaparan, tengok  pisang jer dah kecuq ayaq liur dia...haha..menu SARDIN dari keluarga mak cik,dari  ain & mama SAMBAL TUMIS TELUR, mcm biasa itu jelah idea yang paling senang tuk ain masak bila berkelah ni, tak perlu fenin2..hihi...kesayangan ain incik sepet bawa lauk kiriman dari ibu Incik Sepet iaitu SAMBAL GODOK, Pernah makan tak? masakan jawa tu, orang johor tahu la kut.... :) 
kemudian, mandi time. Incik Sepet sudah lama berada di pasiran pantai bersama adik - adik sepupu yg sibuk meniup pelampung, ain je yang sibuk menyapu lotion di tempat - tempat yang diyakini akan terkena tempias sunburn, panas di situ memang tak hengat.. mula - mula malu kucing nak mandi laut, alasan takut hitam, main dekat gigi air je...last - last akibat tak tahan godaan mak cik,kanak - kanak nakal, nenek & juga incik sepet yang syok bermain air, nak tak nak turut serta lah juga ain.... 
kepala masih dialas dengan tudung, nak free hair malu dgn incik sepet tu.....huhu..Sempat juga ain curi - curi tangkap gambar incik sepet melawan ombak, konon kebal la tu.. :P Lepas mandi mestilah  Bilas kan, buang pasir sana - sini, salin baju dan makan balik, habis licin juadah berkelah kami ,biasalah baru lepas mandi, bekerja keras melawan ombak besar jadi kene topup balik tenaga dengan aktiviti menambah lemak di badan, hihi. 
Selepas hantar ajul, bertolak balik,belum habis  incik sepet tanya ain nak bawa kereta ke? ain dah geleng - geleng kepala, satu je perkataan keluar dari mulut, PENAT...aduhai, penat mengalahkan driver, gimana nih? Oleh kerana rasa simpati tinggalkan Incik sepet memandu sorang - sorang, ain bersengkang mata melawan godaan syaiton nirojim yang sibuk duk bergayut - gayut di mata ni...
macam biasa ain mengomel ajak incik sepet berbual hinggalah selamat sampai ke destinasi.
Ok, Habih Cerita.
- Salam -

p/s : gambar kendian akan di upload, tgklah kalau Terajin nanti.. InsyaAllah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers