Celoteh pemilk

Selamat Datang ke Blog Zur Ain Zuraisha, Terima Kasih Kerana Sudi berkunjung, jangan lupa tinggalkan jejak anda ya

Sunday, January 9, 2011

My First Experience


Hu...semalam ain didera oleh ayah menjadi Full Time Driver, kne ganti ayah drive start simpang desaru & kota tinggi and masa nak pulang semula ke Johor Bahru, kne ragging memandu dari mula sk si ajul di bandar penawar hingga selamat sampai ke rumah.ini pertama kali drive perjalanan jauh, my first experience..akibatnya, sakit segala sendi pas bangun pagi tadi..hukhuk. ngeri juge, ayah ajar memotong...tapi memotong cara selamatlah...huuu...semalam kami sekeluarga sempat pergi dua tiga tempat menarik sekitar situ, antaranya DESARU & Tg Sedili, oklah...kat desaru tak banyak tempat menarik, nak main ayaq laout dia pun tak bley, sbb ombak tersangatlah besar & sye nk hidup lama, so main di pasiran saja... kami adik beradik sempat bermain - main dengan lalang disitu, senang kata tangkap gambarlah, apa lagi ...hihi ....lalang kat situ seriously sangat cantik, kalau wat shoot memang cantik wuu...After dat, kami berpindah lokasi ke tg. sedili..tg sdili bes, sbb banyak tempat menarik di situ, ada MUZIUM NELAYAN, TAMAN AWAM & disebalik pemandangan ombak besar & bendera merah yang tak membenarkan kami turun untuk bermain, ada kumpulan2 yang mlakukan aktiviti, yang main ala2 skateboard atas ombak tu..hihi..sesungguhnya ain tak tahu apa nama sebenar aktiviti air tu, hikhik...di situ sempat juga kami ambil gambar, tapi mood utk meng upload gambar tak wujud di waktu ini, so akan datang je la ain up load okeyh... ingat masa makan dkt restoran tepi SAKAN tu muka si ajul sedih jer, mcm nak nageh, lalu dgn sisa2 masa satu jam sebelum pukul 5.30 petang ayah memujuk ajul dan kami pergi ke bandar penawar, pergi main - main di taman dan tepi tasiknya...walaupun hanya ada gelonsor & jongkang jongkit di situ, kami sekeluarga memanfaatkan masa sekeluarga yg kami ada sebaik mungkin, tak sangka  ayah join main jongkit jongkit dengan kami & kami gembira sehabis mungkin...5.30 petang masa untuk hantar si ajul ke asramanya... ok, bye ajul! nanti kita jumpa lagi ya! kami 3 beradik menjerit, sekali lagi ain lihat memek muka ajul sudah berubah, terlihat air mata begenang di matanya, huhu.....sedihnya part ni....air mataku hampir berlinang tapi ditahan2 sebab tak mahu ajul terus menerus menagis di situ, selagi kami tak hilang dari pandangan mata, selagi tu ajul tak putus - putus melambai...ain tahu hatinya memberontak tak mahu ditinggalkan selepas semua kegembiraan bersama yang kami rasai hari itu..hubungan kami adik beradik memang terlalu akrab....bila berhadapan situasi beginilah kami tak sanggup, tapi ...kita yang hidup mesti terima kenyataan yang makin lama kita makin besar dan terus matang, dan di umur ini, ain berdoa agar ajul tetap seperti ajul yang sekarang yang tetap seperti ini, sayangkan kami walaupun semakin hari dia semakin matang...............................

cukup setakat ini.

Salam

p/s : suka peluk adik2 ain kuat2 mcmlah mereka kecik lagi, harap dah besar nanti adik2 tak malu kalau ain peluk mereka erat2...love them.

Friday, January 7, 2011

Adeh

Motor ni menggugat imanku,, tadi kena hujan, sekarang dia membobok pula, n trus tak hidup......ala, cmana ni? sabar2 ain, teruskan mencuba, COBAAN namanya ni...hukhuk :( ... nak balik, nak balik, wuuuuuuuuuuuuuu..... (T_T)

Seharian bersama Motor Expired...heehee ;)



Luculah,Hari ini saya terpaksa pergi kerja menaiki motor yang hampir dipenghujung usia...Bukan tak bersyukur, tapi 
sedih kut, nak tak nak terpaksa...
sebab mama dan ayah pergi kota tinggi  tengok keadaan ajul selepas seminggu di asrama tuh mggunakan motor yg baru itu...nasib senang start tapi kan, tapi kan...
bunyinya ,,,,sabar je la kan...
dari jauh kehadiran saya dapat dirasai kerana bunyi motor itu tersangatlah kuat..
.preeeeeng! preng ! preng! kalah bunyi motor RXZ okeh....nasib pakai helmet kan so tak nampak sangat la muka kn?bulih gitu?haha....hari ni half day, hope sangat motor ni tak buat hal...moga berjalan dengan lancar (^_^)


p/s : nasib ada motor ni, dari jalan kaki, kn kn?

Thursday, January 6, 2011

Novel, Novel & Novel ;)

Siapa tu? bagi penggemar novel rasanya dah kenal sangat kut dengan Inchik Ram kita ni...Inchik Ram penulis novel & tak silap ain beliau ada hasilkan dokumentari dkt RTM1, tajuk dia saya tak hengat okeh.. :P Ok, Honestly... ain suka baca novel karya Ramlee Awang Murshid ni, tahu knp? sebab pada pendapat ain novel beliau lain dari yang lain, ada sesetengah novel cinta tu jalan ceritanya sama je dgn novel - novel yang lain, but incik Ram ni pandai menggayakan jalan cerita novelnya supaya lebih menarik...novel beliau bukan sahaja berkisarkan tentang cinta manusia semata - mata tetapi cinta kepada tuhan juga. Bukan tu ja, bila anda mula FOKUS membaca novel ini, perasaan ingin tahu apa yang berlaku selepas ini,menular2 dlm hati...tak percaya? percayalah, ain sanggup sehari suntuk duk TEKUN mengadap novel tu tak makan tak minum sebab nak tahu ending cerita tu...(boleh caya ke?) ain juga ahli kelab RAM ni..




ok, balik pada cerita.. mari kita usha novel2 karya beliau ;)

Trilogi Cinta Epik

Bukan filem je ada epik ye...novel pun ada...

novel ni kira episod pertama bagi epik novel ni...tajuk novel

BAGAIKAN PUTERI


anatara wataknya mestilah si laksamana sunan yang kaya dengan ilmu agama & miliki budi pekerti yang tinggi. Tak silap masa ni laksamana sunan masih dipanggil Saifuddin.Beliau berhijrah ke indonesia, tapi kampung asalnya adalah di Tanah Melayu, Kg Punggor.
Heroin dalam novel ni namanya Haryani, Haryani tak silap ain orang zaman moden mcm kita ni,tapi haryani diberi sedikit kelebihan dibukakan hijabnya merentas masa & zaman.


CINTA SANG RATU

seingat ain masa kat dalam novel ni Haryani dah tak ada lagi di zaman laksamana sunan, masa nilah laksama sunan jatuh cintan dengan ratu sulaman yang amat jahat dan kejam...tapi kerana keperibadian laksamana sunan yang memang tip top, Ratu sulaman terpikat terus jatuh hati & mereka berkahwin, Jodoh mereka tak panjang, kenapa tak panjang? bacalah sendirilah ya, dah lupa jalan cerita, tapi bes wuu....


HIJAB SANG PENCINTA

once upon a time.....teeeettt! huk aloh, tak pandai nk karang ayat omputih berjela la,hihi..ok, bgini, dalam novel ni sunan yang pergi ke zaman  haryani, abad ke brapa, saya dah lupe...huhu (-_-), oh, lupa pulok dari episod satu tadi Dani ada..hihi (ksian watak incik dani dipinggirkan)..maaf ! kat sni laksamana sunan hampir berkahwin dengan haryani, nk tahu ke dapat kawin ke tak mereka berdua akhirnya? ha, baca sendiri :P :P 

ok, ini novel2 lain hasil karya ramlee awang murshid yang lain, kalau nak dicerita satu persatu sinopsisnya mahu tenat jari jemari ini, paham kan? .....
 ok, masa untuk promote,

novel pertama : Hatiku di Harajuku

Komen : dah baca
Ulasan : best!

novel kedua : Rahsia Perindu


Komen : belum baca, tak ada orang nak belanja beli novel ni 
Ulasan : mesti la bes...........

novel ketiga : Mandatori


Komen : ada kt rumah, setakat ni baru baca separuh......wuhu...
ulasan : 5 Star

Novel Keempat : ADAM


Komen : ada kt rumah, dah baca juga......
ulasan : up skit, 5.1 Star (ada ke?)


 Novel kelima : Ungu Karmila


Komen : dah baca juga......
ulasan : Kasih sayang suami pada isteri terchenta ♥


 Novel Keenam : 9 Nyawa


Komen : dah baca juga
Ulasan : Markah 10

Novel Ketujuh : Cinta Sufi

Komen : Dah Baca 
Ulasan : Terbaik!

Novel Kelapan :Rayyan Fantasi


Komen : novel latest En Ram
Ulasan : I loiiiiiiiiiikeee !

dan sebelum tamatkan entry kali ni, ada satu lagi novel yang ain baru beli untuk dibaca,
Karya Alaf 21 juga, tajuknya..

Doa Terakhir..



Novel ni baru nak baca...kenapa sye sangat teruja untuk membaca novel ini?
kerana....kerana.....kerana...
Fatin Suhana jadi model dalam novel tersebut, cantiknya dia....cantik sgt!
i adore her!!!..sebagai bukti... bila saya baru je baca 1 pages novel tu, skit2 buka tutup novel tu sebab nak tgk gambar comel Cik Fatin Suhana yang terpapar di depan dan belakang cover novel tuh.. kalau gitu ja mcmna nak habeh baca novel ni?hihi...sabar jela kan...ok, ain baru nak sambung baca balik novel tu...

akhirnya sampai di penghujung entry,

Tak kira apa jua risalah yang kita baca, pastikan ianya berunsur positif dan yang penting kita enjoy membacanya...okeh!

- Salam -

p/s : baca dah jadi hobi harian ain, masa makan, sebelum tido & ke bilik "termenung"msti pegang buku, belek2 & baca...buku sekolah tak rajin pula untuk dipegang kan...haha :P ;P



  

New Header

i love my new header , sweet kn? ;) ;)

Target Hidup



Tahun 2011 umur sudah hampir menjejaki 21 tahun, sudah tentu banyak target n azam hendak dilaksanakan. Sama dengan gadis - gadis lain, ain ada target untuk tahun 2011, tahun ni ada lebih kurang 5 target .satu target hampir dicapai, Alhamdulillah, On the way...hihi (^_^) ..ain bukanlah datang dari keluarga yang senang, tapi sederhana, apa yang diinginkan mestilah kumpul duit baru dapat, alhamdulillah setakat ni, ain cuba untuk mengumpul aset sendiri untuk masa depan walaupun ain tak belajar hingga menara gading..hope 2011 ni semuanya berjalan dengan lancar, semuanya atas izin Allah & berkat ibu bapa kita...

oh ya ....!
4 januari 2011 tarikh lahir ajul, SELAMAT HARI LAHIR AJUL !! adik laki sye yg sorang ni bercita - cita nk ada helikopter remote control...
okeh, my dear ajul, permintaan kamu akan saya tunaikan, tunggu .... (^_^)






Tuesday, January 4, 2011

Jauh di mata Dekat hati

Salam Blogger,,
Ahad bersamaan 2 jan 2011
kami sekeluarga pergi hantar AJUL, adik laki ain sorang tuh...
ini pengalaman penting buat ajul sebab ini kali pertama ajul menjejaki alam persekolahan sekolah menengah.
rasa sedih menyelebungi hati, knp? sbb....
adik beradik kami amat tersangat la rapat, tak pernah pun berpisah..ikutkan hati berat untuk lepaskan ajul,rasa nak suruh ajul sekolah dekat sini ja, tapi demi masa depan dia, ain, ayah, mama & juga adik2 lain mlepaskannya dalam paksa, bulih gitu?huhu (T_T) . malam sabtu kami keluarga ambil masa berjalan sama - sama di pasar karat sg segget, dan itu kali terakhir kami sekeluarag berfoya - foya dgn dak kecik ajul...


semasa dalam perjalanan dari tiram ke kota tinggi inilah panorama yang ain dapat snap, indahnya ciptaan tuhan kn?SubhanaAllah, tiada apa yang dapat menandingi ciptaanNya


Sekolah ajul terletak di Bandar Penawar, Sek Men Keb Agama Bandar Penawar.
Alhamdulillah fasiliti di situ lengkap. tak silap ain tak sampia 200 sahaja pelajar tingkatan satu yang comel lote  didaftarkan hari tu, 200 dari beribu pelajar yang mohon, dan alhamdulillah, ajul terpilih dengan izinNya bukan senang nak masuk sek ni, siap ada interview lagi, kalah nak mohon kerja, hihi.

ini kawasan sekolah yang ain sempat snap...

ini juga...

ini gambar spontan :D


dan ini gambar 2 jejaka keluarga kesayangan kami :D


okeh, ini gambar sampingan, mesti nk ada, nyampah! :P

ini gambar dak tecik nakal yang suka bergaya n snap :D

okeh, sambung balik cerita, lepas antar ajul cayang, kami pun pusing - pusing sekitar bandar penawar, 
bandar ni cantik, part yang ain paling suka masjid dia, masjidnya cantik, sangat cantik okeh & ianya terletak di atas bukit, sekelilingnya dipenuhi dengan kehijauan dan berkonsepkan taman rekreasi, cantik kn? gambar masjid tu tak ada sebab  kami nak cepat, maaf ya, hihi..
mizz aina

miss nini

miss nini lagi.. 

& last , sapa tu?abaikan sudeyh ya?? haha

after solat, kami sempat berbelanja di SAKAN.memang murah, tak rugi pergi...hihi...

ok, cerita hampir di penghujungya...
sedikit pesanan yang ingin dititipkan buat pembaca..

1. Hargai lah adik beradik kita, walau gaduh mcmna pun, pertalian tak akan pernah putus ;)
2. bila kita disakat atau dibuli adik bradik,biarkanlah... sebab.....bila kita dah jauh...kita kan meridui keletahnya...bulih gitu?
3. kejauhan ni betul2 mngajar erti kerinduan, jadi hargai setiap masa anda bersama orang tersayang selagi masih ada di sisi.

tika ni, saya rindukan ajul...rindu sgt, harap lps ni walau apa yang berlaku, kami adik beradik tetap rapat mcm dulu....saya sayang adik - adik saya, saya sayang keluarga saya ....dan juga sepet tuh! hihi (^_^)
cukup sampai di sini, 
Till then, Salam..

P/S : tak ada ajul untuk dibuli beli jajan kt kedai depan & kurang sorang ahli aktiviti rutin kami"makan megi 1 mangkuk tengah malam" 











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers