Celoteh pemilk

Selamat Datang ke Blog Zur Ain Zuraisha, Terima Kasih Kerana Sudi berkunjung, jangan lupa tinggalkan jejak anda ya

Tuesday, January 4, 2011

Jauh di mata Dekat hati

Salam Blogger,,
Ahad bersamaan 2 jan 2011
kami sekeluarga pergi hantar AJUL, adik laki ain sorang tuh...
ini pengalaman penting buat ajul sebab ini kali pertama ajul menjejaki alam persekolahan sekolah menengah.
rasa sedih menyelebungi hati, knp? sbb....
adik beradik kami amat tersangat la rapat, tak pernah pun berpisah..ikutkan hati berat untuk lepaskan ajul,rasa nak suruh ajul sekolah dekat sini ja, tapi demi masa depan dia, ain, ayah, mama & juga adik2 lain mlepaskannya dalam paksa, bulih gitu?huhu (T_T) . malam sabtu kami keluarga ambil masa berjalan sama - sama di pasar karat sg segget, dan itu kali terakhir kami sekeluarag berfoya - foya dgn dak kecik ajul...


semasa dalam perjalanan dari tiram ke kota tinggi inilah panorama yang ain dapat snap, indahnya ciptaan tuhan kn?SubhanaAllah, tiada apa yang dapat menandingi ciptaanNya


Sekolah ajul terletak di Bandar Penawar, Sek Men Keb Agama Bandar Penawar.
Alhamdulillah fasiliti di situ lengkap. tak silap ain tak sampia 200 sahaja pelajar tingkatan satu yang comel lote  didaftarkan hari tu, 200 dari beribu pelajar yang mohon, dan alhamdulillah, ajul terpilih dengan izinNya bukan senang nak masuk sek ni, siap ada interview lagi, kalah nak mohon kerja, hihi.

ini kawasan sekolah yang ain sempat snap...

ini juga...

ini gambar spontan :D


dan ini gambar 2 jejaka keluarga kesayangan kami :D


okeh, ini gambar sampingan, mesti nk ada, nyampah! :P

ini gambar dak tecik nakal yang suka bergaya n snap :D

okeh, sambung balik cerita, lepas antar ajul cayang, kami pun pusing - pusing sekitar bandar penawar, 
bandar ni cantik, part yang ain paling suka masjid dia, masjidnya cantik, sangat cantik okeh & ianya terletak di atas bukit, sekelilingnya dipenuhi dengan kehijauan dan berkonsepkan taman rekreasi, cantik kn? gambar masjid tu tak ada sebab  kami nak cepat, maaf ya, hihi..
mizz aina

miss nini

miss nini lagi.. 

& last , sapa tu?abaikan sudeyh ya?? haha

after solat, kami sempat berbelanja di SAKAN.memang murah, tak rugi pergi...hihi...

ok, cerita hampir di penghujungya...
sedikit pesanan yang ingin dititipkan buat pembaca..

1. Hargai lah adik beradik kita, walau gaduh mcmna pun, pertalian tak akan pernah putus ;)
2. bila kita disakat atau dibuli adik bradik,biarkanlah... sebab.....bila kita dah jauh...kita kan meridui keletahnya...bulih gitu?
3. kejauhan ni betul2 mngajar erti kerinduan, jadi hargai setiap masa anda bersama orang tersayang selagi masih ada di sisi.

tika ni, saya rindukan ajul...rindu sgt, harap lps ni walau apa yang berlaku, kami adik beradik tetap rapat mcm dulu....saya sayang adik - adik saya, saya sayang keluarga saya ....dan juga sepet tuh! hihi (^_^)
cukup sampai di sini, 
Till then, Salam..

P/S : tak ada ajul untuk dibuli beli jajan kt kedai depan & kurang sorang ahli aktiviti rutin kami"makan megi 1 mangkuk tengah malam" 











No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers