Celoteh pemilk
Friday, January 14, 2011
Thursday, January 13, 2011
Ana Rafali -Tolong Ingatkan aku, Juara AJL..Sapa kata Ana Rafali tak layak ?
Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita
Ain rasa lagu ni memang layak jadi juara AJL walaupun nama ANA RAFALI masih baru dalam industri seni tanah air, tapi lagu ni bagi ain UNIK.
ok,tu ja, bye!
ok,tu ja, bye!
Award Dari Miss Noma (^_^)
Sesungguhnya Saya Blogger baru............
& Ini kali pertama dapat award, so maafkan ain jika entry kali ni terlihat kelakar je..
1. Kene bagi ucapan
♥ Testing....testing 123! okeh, sye Zur Ain Binti Zulazli ingin menyatakan jutaan ucapan trimas buat miss noma kerana sudi tag ain & bagi award kepada blog yang tak seberapa ni,
serangkap pantun sebagai penutup kata...
' ... makan gula2 sakit gigi,
hrp miss noma sudi2lah tag kite lagi ...'
(heeeheehee...boleh ke pantun gitu?)
2. berikan 4 ciri-ciri wanita/lelaki idaman untuk dijadikan isteri/suami
♥ 4 ciri lelaki idaman ain adalah :-
-Si dia perlulah sayang ibubapa & keluarga ain sebagaimana sebagaimana si dia sayangkan ain. kalau si dia accept kita tapi tak terima keluarga kita mcmana tu? tak manis kan....
-Si dia mestilah lelaki yang tiada kelopak mata... contoh: chinese look, taiwan look, korean look...gila sepet! haha (rupa paras& fizikal tidak diambil kira)
- Si dia perlulah seorang yang tegas agar dapat membimbing & menegur ain jika ain berbuat salah, ain ni kadang - kadang keanak2an juge, so faham2 lah degilnya tak dengar kata mcmana kan?(nasib incik sepet bersemangat kental melayan karenah ain, hihihi... )
- & yang penting Si dia memahami & terima diri ain seadanya, kekurangan kita bukan penyebab untuk si dia tidak sayangkan kita.. ada faham?
okey,
ain mengaku yang sebenar benarnya ciri2 di atas bukanlah ciri2 lelaki idaman ain, ciri2 di atas adalah ciri2 yang ada pada pengarang hati ain, Incik Sepet heehee ...(- -,) memang benarlah apa orang kata, cinta tu buta, yang besar jdi kecik, yg bucuk jadi wangi, (boleh ke?yg bucuk tetaplah bucuk..) setakat ini ain terasa bertuah & syukur tuhan hadirkan si dia dalam hidup, semua ni ta dpt ain rasai tanpa iziNya, Alhamdulillah... (^_^)
uit, blum abeh, ada lagi ni ha.....
3. berikan 1 tips untuk mengekalkan hubungan dengan pasangan.
♥ kalau dah minta tips ni kne caj ni, 20 pocen pliz! hihi (^_^)
ok, cuma berkongsi, ingat lagi orang - orang tua pesan kat ain, dalam bercinta ni ada pasang surutnya, kejap gaduh sekejap manja2 kuceng.. dalam situasi ni dua2 mstilah bijak & bersedia menghadapinya dengan lebih awal, ini bermaksud jangan dalam setiap pertelingkahan tu kite nak menang je, kadang2 bagi la 'chance' pada si dia untuk menang..kesian ckit pd si dia..manusia ni ada yang unsur api & ada juga yang unsur air, kalau dua2 api abeh meletup la kn kn? so, dalam hubungan ni mestilah bertolak ansur baru lah hubungan bertahan lama, insyaAllah...kalau sorang jadi api, sorang jadilah air sebagai penyejuknya...bulih kan gitu????
4. pernahkah anda terjumpa doa pendekat jodoh dan putus cinta
♥ tak, blum jumpa lagi, serah pada takdir, doa dalam solat cukup, Allah sentiasa m'dengar doa hambaNya, ... betul tak? ;)
5.letakkan 10 link dan beritahu mereka telah memenangi award ini
haha, mcmna nk cari sampai 10 link, 8 pun tak sampai, hikhik...
ain letak je apa yg ada ya..... ;)
♥ cik mas
ok, kak noma, done! ;)
- Salam -
Sunday, January 9, 2011
My First Experience
Hu...semalam ain didera oleh ayah menjadi Full Time Driver, kne ganti ayah drive start simpang desaru & kota tinggi and masa nak pulang semula ke Johor Bahru, kne ragging memandu dari mula sk si ajul di bandar penawar hingga selamat sampai ke rumah.ini pertama kali drive perjalanan jauh, my first experience..akibatnya, sakit segala sendi pas bangun pagi tadi..hukhuk. ngeri juge, ayah ajar memotong...tapi memotong cara selamatlah...huuu...semalam kami sekeluarga sempat pergi dua tiga tempat menarik sekitar situ, antaranya DESARU & Tg Sedili, oklah...kat desaru tak banyak tempat menarik, nak main ayaq laout dia pun tak bley, sbb ombak tersangatlah besar & sye nk hidup lama, so main di pasiran saja... kami adik beradik sempat bermain - main dengan lalang disitu, senang kata tangkap gambarlah, apa lagi ...hihi ....lalang kat situ seriously sangat cantik, kalau wat shoot memang cantik wuu...After dat, kami berpindah lokasi ke tg. sedili..tg sdili bes, sbb banyak tempat menarik di situ, ada MUZIUM NELAYAN, TAMAN AWAM & disebalik pemandangan ombak besar & bendera merah yang tak membenarkan kami turun untuk bermain, ada kumpulan2 yang mlakukan aktiviti, yang main ala2 skateboard atas ombak tu..hihi..sesungguhnya ain tak tahu apa nama sebenar aktiviti air tu, hikhik...di situ sempat juga kami ambil gambar, tapi mood utk meng upload gambar tak wujud di waktu ini, so akan datang je la ain up load okeyh... ingat masa makan dkt restoran tepi SAKAN tu muka si ajul sedih jer, mcm nak nageh, lalu dgn sisa2 masa satu jam sebelum pukul 5.30 petang ayah memujuk ajul dan kami pergi ke bandar penawar, pergi main - main di taman dan tepi tasiknya...walaupun hanya ada gelonsor & jongkang jongkit di situ, kami sekeluarga memanfaatkan masa sekeluarga yg kami ada sebaik mungkin, tak sangka ayah join main jongkit jongkit dengan kami & kami gembira sehabis mungkin...5.30 petang masa untuk hantar si ajul ke asramanya... ok, bye ajul! nanti kita jumpa lagi ya! kami 3 beradik menjerit, sekali lagi ain lihat memek muka ajul sudah berubah, terlihat air mata begenang di matanya, huhu.....sedihnya part ni....air mataku hampir berlinang tapi ditahan2 sebab tak mahu ajul terus menerus menagis di situ, selagi kami tak hilang dari pandangan mata, selagi tu ajul tak putus - putus melambai...ain tahu hatinya memberontak tak mahu ditinggalkan selepas semua kegembiraan bersama yang kami rasai hari itu..hubungan kami adik beradik memang terlalu akrab....bila berhadapan situasi beginilah kami tak sanggup, tapi ...kita yang hidup mesti terima kenyataan yang makin lama kita makin besar dan terus matang, dan di umur ini, ain berdoa agar ajul tetap seperti ajul yang sekarang yang tetap seperti ini, sayangkan kami walaupun semakin hari dia semakin matang...............................
cukup setakat ini.
Salam
p/s : suka peluk adik2 ain kuat2 mcmlah mereka kecik lagi, harap dah besar nanti adik2 tak malu kalau ain peluk mereka erat2...love them.
Friday, January 7, 2011
Adeh
Motor ni menggugat imanku,, tadi kena hujan, sekarang dia membobok pula, n trus tak hidup......ala, cmana ni? sabar2 ain, teruskan mencuba, COBAAN namanya ni...hukhuk :( ... nak balik, nak balik, wuuuuuuuuuuuuuu..... (T_T)
Seharian bersama Motor Expired...heehee ;)
Luculah,Hari ini saya terpaksa pergi kerja menaiki motor yang hampir dipenghujung usia...Bukan tak bersyukur, tapi
sedih kut, nak tak nak terpaksa...
sebab mama dan ayah pergi kota tinggi tengok keadaan ajul selepas seminggu di asrama tuh mggunakan motor yg baru itu...nasib senang start tapi kan, tapi kan...
bunyinya ,,,,sabar je la kan...
dari jauh kehadiran saya dapat dirasai kerana bunyi motor itu tersangatlah kuat..
.preeeeeng! preng ! preng! kalah bunyi motor RXZ okeh....nasib pakai helmet kan so tak nampak sangat la muka kn?bulih gitu?haha....hari ni half day, hope sangat motor ni tak buat hal...moga berjalan dengan lancar (^_^)
p/s : nasib ada motor ni, dari jalan kaki, kn kn?
Thursday, January 6, 2011
Novel, Novel & Novel ;)
Siapa tu? bagi penggemar novel rasanya dah kenal sangat kut dengan Inchik Ram kita ni...Inchik Ram penulis novel & tak silap ain beliau ada hasilkan dokumentari dkt RTM1, tajuk dia saya tak hengat okeh.. :P Ok, Honestly... ain suka baca novel karya Ramlee Awang Murshid ni, tahu knp? sebab pada pendapat ain novel beliau lain dari yang lain, ada sesetengah novel cinta tu jalan ceritanya sama je dgn novel - novel yang lain, but incik Ram ni pandai menggayakan jalan cerita novelnya supaya lebih menarik...novel beliau bukan sahaja berkisarkan tentang cinta manusia semata - mata tetapi cinta kepada tuhan juga. Bukan tu ja, bila anda mula FOKUS membaca novel ini, perasaan ingin tahu apa yang berlaku selepas ini,menular2 dlm hati...tak percaya? percayalah, ain sanggup sehari suntuk duk TEKUN mengadap novel tu tak makan tak minum sebab nak tahu ending cerita tu...(boleh caya ke?) ain juga ahli kelab RAM ni..
ok, balik pada cerita.. mari kita usha novel2 karya beliau ;)
ok, balik pada cerita.. mari kita usha novel2 karya beliau ;)
Trilogi Cinta Epik
Bukan filem je ada epik ye...novel pun ada...
novel ni kira episod pertama bagi epik novel ni...tajuk novel
BAGAIKAN PUTERI
anatara wataknya mestilah si laksamana sunan yang kaya dengan ilmu agama & miliki budi pekerti yang tinggi. Tak silap masa ni laksamana sunan masih dipanggil Saifuddin.Beliau berhijrah ke indonesia, tapi kampung asalnya adalah di Tanah Melayu, Kg Punggor.
Heroin dalam novel ni namanya Haryani, Haryani tak silap ain orang zaman moden mcm kita ni,tapi haryani diberi sedikit kelebihan dibukakan hijabnya merentas masa & zaman.
CINTA SANG RATU
seingat ain masa kat dalam novel ni Haryani dah tak ada lagi di zaman laksamana sunan, masa nilah laksama sunan jatuh cintan dengan ratu sulaman yang amat jahat dan kejam...tapi kerana keperibadian laksamana sunan yang memang tip top, Ratu sulaman terpikat terus jatuh hati & mereka berkahwin, Jodoh mereka tak panjang, kenapa tak panjang? bacalah sendirilah ya, dah lupa jalan cerita, tapi bes wuu....
HIJAB SANG PENCINTA
once upon a time.....teeeettt! huk aloh, tak pandai nk karang ayat omputih berjela la,hihi..ok, bgini, dalam novel ni sunan yang pergi ke zaman haryani, abad ke brapa, saya dah lupe...huhu (-_-), oh, lupa pulok dari episod satu tadi Dani ada..hihi (ksian watak incik dani dipinggirkan)..maaf ! kat sni laksamana sunan hampir berkahwin dengan haryani, nk tahu ke dapat kawin ke tak mereka berdua akhirnya? ha, baca sendiri :P :P
ok, ini novel2 lain hasil karya ramlee awang murshid yang lain, kalau nak dicerita satu persatu sinopsisnya mahu tenat jari jemari ini, paham kan? .....
ok, masa untuk promote,
novel pertama : Hatiku di Harajuku
Komen : dah baca
Ulasan : best!
novel kedua : Rahsia Perindu
Komen : belum baca, tak ada orang nak belanja beli novel ni
Ulasan : mesti la bes...........
novel ketiga : Mandatori
Komen : ada kt rumah, setakat ni baru baca separuh......wuhu...
ulasan : 5 Star
Novel Keempat : ADAM
Komen : ada kt rumah, dah baca juga......
ulasan : up skit, 5.1 Star (ada ke?)
Novel kelima : Ungu Karmila
Komen : dah baca juga......
ulasan : Kasih sayang suami pada isteri terchenta ♥
Novel Keenam : 9 Nyawa
Komen : dah baca juga
Ulasan : Markah 10
Novel Ketujuh : Cinta Sufi
Komen : Dah Baca
Ulasan : Terbaik!
Novel Kelapan :Rayyan Fantasi
Komen : novel latest En Ram
Ulasan : I loiiiiiiiiiikeee !
dan sebelum tamatkan entry kali ni, ada satu lagi novel yang ain baru beli untuk dibaca,
Karya Alaf 21 juga, tajuknya..
Doa Terakhir..
Novel ni baru nak baca...kenapa sye sangat teruja untuk membaca novel ini?
kerana....kerana.....kerana...
Fatin Suhana jadi model dalam novel tersebut, cantiknya dia....cantik sgt!
i adore her!!!..sebagai bukti... bila saya baru je baca 1 pages novel tu, skit2 buka tutup novel tu sebab nak tgk gambar comel Cik Fatin Suhana yang terpapar di depan dan belakang cover novel tuh.. kalau gitu ja mcmna nak habeh baca novel ni?hihi...sabar jela kan...ok, ain baru nak sambung baca balik novel tu...
akhirnya sampai di penghujung entry,
Tak kira apa jua risalah yang kita baca, pastikan ianya berunsur positif dan yang penting kita enjoy membacanya...okeh!
- Salam -
p/s : baca dah jadi hobi harian ain, masa makan, sebelum tido & ke bilik "termenung"msti pegang buku, belek2 & baca...buku sekolah tak rajin pula untuk dipegang kan...haha :P ;P
Subscribe to:
Posts (Atom)


















