Celoteh pemilk

Selamat Datang ke Blog Zur Ain Zuraisha, Terima Kasih Kerana Sudi berkunjung, jangan lupa tinggalkan jejak anda ya

Wednesday, January 19, 2011

Rindu Tempat Bermain

 tetiba rindu dekat tempat bermain dulu......


ni panorama dari benteng dekat depan hospital Tengku Ampuan Afzan..
selalu main permainan kat sni, dekat tepi taman tu ada kubur, tapi perasan teruja melebihi perasaan takut dikala itu, so teruskan bermain.....heeehee ;)
kadang2 masa kami duk leka main buai laju2 ayah penuhi masanya dengan memancing..

teluk cempedak!!! rindu kamu...huhu...kat sini tempat hujung minggu kami sekeluarga...makanan kat situ sume bes2, main layang2 pun boleh...paling bes mandi kat situ...

ain rindu kuantan & penang, teringin nak pergi sana, nak jumpa kenalan di sana, rindu sangat, nak jumpa nenek angkat, cik pojie, cik malik, nina, marzulaiha, noraini & ramai lagi... agak2 mereka ingat ain lagi tak? bila nak g sne kan? rase mcm tak dapat g je sbb jauh...huhu... :(
duduk kuantan ni pun sebab ayah kerja tentera udara dulu....

ain anak jati johor, tapi kad pengenalan 07, mengapa? 
sebabnya...
ain anak kelahiran penang...kami dulu duduk dekat seberang perai.
ingat masa kecik2 dulu kami sekeluarga selalu pergi tempat ni...

bukit bendera, rindu juga nak singgah tempat ni..

perasaan rindu makin membuak2 kepada dua buah negeri ini, tak sabar2 untuk menjejakkan kaki ke tempat2 ini, sekarang dalam proses mengumpul duit & menggoda ahli  keluarga bercuti ke sana, harap2 ada rezeki...hihi..

1 je ayat tuk describe 2 buah negeri ni,
" Awesome "

jangan dilupa, di johor banyak juga tmpt2 menariknya, makanan sedap & ada warisan tersendiri..sayang johor lebih....heeeheee...... ;)

till then, 

wink! ;)

Salam.





5 Perkara Pelik Yang Ada Pada Sye

Antara 5 Perkara Pelik Yang Ada Pada Diri Ambe :)

♥ Suka 

makan kobis dengan kuantiti yang teramat banyak, jika kobis dihidang dengan sup, itu bermakna kobis tersebut akan di kidnap terlebih dahulu dan barulah sup akan ditatap, kesian sup tu kan? tak laku, haha ;)

♥ Suka

 tidur meniarap wlupun pada mulanya tido dalam keadaan terlentang, sejak azali begitu kut, haha ;)

♥ Suka 

dokong kucing macam anak sendiri & bercakap dgnnya wlupun si kucing tak layan saya   ;)

♥ Suka

 Peluk orang yang disayang kuat - kuat (yang muhrim saja ya) hihihi ;)

♥ Suka

Masak Menu Pelik2 kat rumah, Tak apa, org len tamo makan, biar sye sorang je makan :P

Ok, anda yang membaca sekaligus ter pergi ke Entry ini secara Sengaja Atau Tidak Sengaja Telah di Tag, Sila Rajinkan jari jemari kalian ya.Kalau Tak Mahu Tak Mengapa Kiter Tak Paksa. (nada merajuk :P)Kesudian dari Kalian amat dihargai, Terima Kasih..:)

Sunday, January 16, 2011

apa nak jadi nih?



Fesbuk, fesbuk, apa nak jadi nih? 
Sekarang zaman fesbuk, dalam keseronokan kite melayari fesbuk ni terlalu banyak keburukan dari kebaikannya samada kita sedar atau tak...ain salah seorang dari berjuta - juta pengguna di fb seluruh pelosok dunia yang seolah - olah addicted dengan fesbuk ni.. menci menci! tapi tetap intai juga fb ni...walaupun tak ada apa yang menarik hati di fb ni tetap nk MERAJIN2 kan diri tuk tgk fb ni, adakah fesbuk ni satu keperluan zaman ni?
ingat mse dulu2 klu tak ada hp, MATI KUTU dibuatnya..tapi sekarang tak buka FB sehari dua dah mcm org gila, memang gila...

Keburukan : -
- Kerja/asemen dan sewaktu dengannya tak jalan dengan lancar, submit lambat dari selalu
- Mengganggu kosentrasi/ kefokusan menyudahkan sesuatu kerja
- couple/ laki bini, tunang, semua bole gaduh angkara cemburu ! (heeeheee)
-buat sakit hati je...! (touching)

dan lain2...

Kebaikan :-

- dapat ketemu kawan2 dari zaman dulukala hinggalah sekarang....
- dpt knl personaliti seseorang tu sikit2 (kebaikan ke tu?)
- dapat menyuarakan ketidakpuasan hati
-  Berkongsi pendapat dan lain2

dan lain2....


semakin hari rasa semakin boring dengan fesbuk ni, tapi tangan & nafsu tidak tahan untuk menolak godaan fesbuk ni.... sekarang mencuba tuk menghindarkan diri dari membuka fesbuk & cuba berjinak2 pula dengan dunia blogger ni.....

Kesimpulannya, baik atau buruk fesbuk ni, diri sendiri yang tentukan, Sekuat mana semangat kita nak melawan nafsu untuk berfesbuk ni, terpulang pada diri sendiri.... 

till then ....daaaaa ;)

Friday, January 14, 2011

Org lain mudah je, tapi knp sye susah?

ayat di atas bukan lah mempamerkan ketidaksyukuran ain kepada Pencipta kita,cuma ain brasa marah bcampur sedih mungkin dengan keadaan, kenapa mengapa apa yang ain inginkan tak semudah tu untuk ain peroleh, bukan tak bersyukur cuma kadang2 rasa ujian yang menimpa tak kuat untuk ain hadapi di usia semuda ini...

Semakin bertambah hari, semakin banyak pengalaman yang kita lalui...
Semakin banayak pengalaman yang kita lalui, semakin matang kita menghadapi...

ain tengok orang lain senang aja nk memiliki  aset sendiri untuk masa depan....

tapi......

ain kena berusaha sehabis boleh dengan ikhtiar sendiri untuk dapatkan apa yang ain nak....
kadang2 rasa tak adil, tapi tak patut ain rasa bergitu sbb Tuhan tu maha adil...
Tak apalah, Mungkin ada hikmah disebalik...Moga tuhan permudahkan segalanya....

Amin.......



Ft Island










Thursday, January 13, 2011

Ana Rafali -Tolong Ingatkan aku, Juara AJL..Sapa kata Ana Rafali tak layak ?


Jangan disusun kata-kata penamat 
Jangan disebut baris ayat keramat 
Biar lenyap diserap sunyi 
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku 
Kisah kau tersedar 
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama 
Mari padamkan buku tiga lima 
Biar luka sembuh sendiri 
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku 
Kisah kau tersedar 
Dengan saku penyeluk masa 
Kau dampingi aku 
Setiap detik jantungku berdetak 
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda 
Kecewa menyelubungi jiwa 
Aku lupa

Tolong ingatkan aku 
Kisah ku tersedar 
Dengan kasih memeluk rasa 
Ku teringatkanmu 
Setiap detik jantungku berdetak 
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita 
Tolong ingatkan aku 
Kisah ku tersedar 
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku 
Kisah kita   


Ain rasa lagu ni memang layak jadi juara AJL walaupun nama ANA RAFALI masih baru dalam industri seni tanah air, tapi lagu ni bagi ain UNIK.

ok,tu ja, bye!

Award Dari Miss Noma (^_^)


Sesungguhnya Saya Blogger baru............
 & Ini kali pertama dapat award, so maafkan ain jika entry kali ni terlihat kelakar je..

1.  Kene bagi ucapan

♥     Testing....testing 123! okeh, sye Zur Ain Binti Zulazli ingin menyatakan jutaan ucapan trimas buat miss noma kerana sudi tag ain & bagi award kepada blog yang tak seberapa ni,
serangkap pantun sebagai penutup kata...

' ...  makan gula2 sakit gigi,
hrp miss noma sudi2lah tag kite lagi ...'

(heeeheehee...boleh ke pantun gitu?)


2. berikan 4 ciri-ciri wanita/lelaki idaman untuk dijadikan isteri/suami

♥   4 ciri lelaki idaman ain adalah :-

-Si dia perlulah sayang ibubapa & keluarga ain sebagaimana sebagaimana si dia sayangkan ain. kalau si dia accept kita tapi tak terima keluarga kita mcmana tu? tak manis kan....

-Si dia mestilah lelaki yang tiada kelopak mata... contoh: chinese look, taiwan look, korean look...gila sepet! haha (rupa paras& fizikal tidak diambil kira)

- Si dia perlulah seorang yang tegas agar dapat membimbing & menegur ain jika ain berbuat salah, ain ni kadang - kadang keanak2an juge, so faham2 lah degilnya tak dengar kata mcmana kan?(nasib incik sepet bersemangat kental melayan karenah ain, hihihi... ) 

- & yang penting Si dia memahami & terima diri ain seadanya, kekurangan kita bukan penyebab untuk si dia tidak sayangkan kita.. ada faham?

okey, 
ain mengaku yang sebenar benarnya ciri2 di atas bukanlah ciri2 lelaki idaman ain, ciri2 di atas adalah ciri2 yang ada pada pengarang hati ain, Incik Sepet heehee ...(- -,) memang benarlah apa orang kata, cinta tu buta, yang besar jdi kecik, yg bucuk jadi wangi, (boleh ke?yg bucuk tetaplah bucuk..) setakat ini ain terasa  bertuah & syukur tuhan hadirkan  si dia dalam hidup, semua ni ta dpt ain rasai tanpa iziNya, Alhamdulillah... (^_^)
uit, blum abeh, ada lagi ni ha.....

3. berikan 1 tips untuk mengekalkan hubungan dengan pasangan.

♥ kalau dah minta tips ni kne caj ni, 20 pocen pliz! hihi (^_^)
ok, cuma berkongsi, ingat lagi orang - orang tua pesan kat ain, dalam bercinta ni ada pasang surutnya, kejap gaduh sekejap manja2 kuceng.. dalam situasi ni dua2 mstilah bijak & bersedia menghadapinya dengan lebih awal,  ini bermaksud jangan dalam setiap pertelingkahan tu kite nak menang je, kadang2 bagi la 'chance' pada si dia untuk menang..kesian ckit pd si dia..manusia ni ada yang unsur  api & ada juga yang unsur air, kalau dua2 api abeh meletup la kn kn? so, dalam hubungan ni mestilah bertolak ansur baru lah hubungan bertahan lama, insyaAllah...kalau sorang jadi api, sorang jadilah air sebagai penyejuknya...bulih kan gitu????

4. pernahkah anda terjumpa doa pendekat jodoh dan putus cinta

♥ tak, blum jumpa lagi, serah pada takdir, doa dalam solat cukup, Allah sentiasa m'dengar doa hambaNya, ... betul tak? ;)



5.letakkan 10 link dan beritahu mereka telah memenangi award ini
haha, mcmna nk cari sampai 10 link, 8 pun tak sampai, hikhik...
ain letak je apa yg ada ya..... ;)

♥ cik mas

ok, kak noma, done! ;)

- Salam -

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers