Celoteh pemilk

Selamat Datang ke Blog Zur Ain Zuraisha, Terima Kasih Kerana Sudi berkunjung, jangan lupa tinggalkan jejak anda ya

Thursday, January 6, 2011

New Header

i love my new header , sweet kn? ;) ;)

Target Hidup



Tahun 2011 umur sudah hampir menjejaki 21 tahun, sudah tentu banyak target n azam hendak dilaksanakan. Sama dengan gadis - gadis lain, ain ada target untuk tahun 2011, tahun ni ada lebih kurang 5 target .satu target hampir dicapai, Alhamdulillah, On the way...hihi (^_^) ..ain bukanlah datang dari keluarga yang senang, tapi sederhana, apa yang diinginkan mestilah kumpul duit baru dapat, alhamdulillah setakat ni, ain cuba untuk mengumpul aset sendiri untuk masa depan walaupun ain tak belajar hingga menara gading..hope 2011 ni semuanya berjalan dengan lancar, semuanya atas izin Allah & berkat ibu bapa kita...

oh ya ....!
4 januari 2011 tarikh lahir ajul, SELAMAT HARI LAHIR AJUL !! adik laki sye yg sorang ni bercita - cita nk ada helikopter remote control...
okeh, my dear ajul, permintaan kamu akan saya tunaikan, tunggu .... (^_^)






Tuesday, January 4, 2011

Jauh di mata Dekat hati

Salam Blogger,,
Ahad bersamaan 2 jan 2011
kami sekeluarga pergi hantar AJUL, adik laki ain sorang tuh...
ini pengalaman penting buat ajul sebab ini kali pertama ajul menjejaki alam persekolahan sekolah menengah.
rasa sedih menyelebungi hati, knp? sbb....
adik beradik kami amat tersangat la rapat, tak pernah pun berpisah..ikutkan hati berat untuk lepaskan ajul,rasa nak suruh ajul sekolah dekat sini ja, tapi demi masa depan dia, ain, ayah, mama & juga adik2 lain mlepaskannya dalam paksa, bulih gitu?huhu (T_T) . malam sabtu kami keluarga ambil masa berjalan sama - sama di pasar karat sg segget, dan itu kali terakhir kami sekeluarag berfoya - foya dgn dak kecik ajul...


semasa dalam perjalanan dari tiram ke kota tinggi inilah panorama yang ain dapat snap, indahnya ciptaan tuhan kn?SubhanaAllah, tiada apa yang dapat menandingi ciptaanNya


Sekolah ajul terletak di Bandar Penawar, Sek Men Keb Agama Bandar Penawar.
Alhamdulillah fasiliti di situ lengkap. tak silap ain tak sampia 200 sahaja pelajar tingkatan satu yang comel lote  didaftarkan hari tu, 200 dari beribu pelajar yang mohon, dan alhamdulillah, ajul terpilih dengan izinNya bukan senang nak masuk sek ni, siap ada interview lagi, kalah nak mohon kerja, hihi.

ini kawasan sekolah yang ain sempat snap...

ini juga...

ini gambar spontan :D


dan ini gambar 2 jejaka keluarga kesayangan kami :D


okeh, ini gambar sampingan, mesti nk ada, nyampah! :P

ini gambar dak tecik nakal yang suka bergaya n snap :D

okeh, sambung balik cerita, lepas antar ajul cayang, kami pun pusing - pusing sekitar bandar penawar, 
bandar ni cantik, part yang ain paling suka masjid dia, masjidnya cantik, sangat cantik okeh & ianya terletak di atas bukit, sekelilingnya dipenuhi dengan kehijauan dan berkonsepkan taman rekreasi, cantik kn? gambar masjid tu tak ada sebab  kami nak cepat, maaf ya, hihi..
mizz aina

miss nini

miss nini lagi.. 

& last , sapa tu?abaikan sudeyh ya?? haha

after solat, kami sempat berbelanja di SAKAN.memang murah, tak rugi pergi...hihi...

ok, cerita hampir di penghujungya...
sedikit pesanan yang ingin dititipkan buat pembaca..

1. Hargai lah adik beradik kita, walau gaduh mcmna pun, pertalian tak akan pernah putus ;)
2. bila kita disakat atau dibuli adik bradik,biarkanlah... sebab.....bila kita dah jauh...kita kan meridui keletahnya...bulih gitu?
3. kejauhan ni betul2 mngajar erti kerinduan, jadi hargai setiap masa anda bersama orang tersayang selagi masih ada di sisi.

tika ni, saya rindukan ajul...rindu sgt, harap lps ni walau apa yang berlaku, kami adik beradik tetap rapat mcm dulu....saya sayang adik - adik saya, saya sayang keluarga saya ....dan juga sepet tuh! hihi (^_^)
cukup sampai di sini, 
Till then, Salam..

P/S : tak ada ajul untuk dibuli beli jajan kt kedai depan & kurang sorang ahli aktiviti rutin kami"makan megi 1 mangkuk tengah malam" 











Thursday, December 30, 2010

Love Vintage

Salam Blogger, 
Tak Tahu knp nafsu tgk barang - barang berunsurkan VINTAGE makin gila, dah minat kut, tapi sesuai ke gaya vintage untuk orang bertudung ye? try search kt google tak banyak gadis brtudung berminat untuk menggayakan Vintage Style, tak kesah la, tapi ain suka, suka sangat, classic, hihi... ni percubaan pertama ain dengan gaya vintage, mcm kelakar ada juga kan, tapi yang penting ain cuba...hihi.. (^_^)

Motif gambar : Gedik di situ, haha..

okeyh, pipi sudah merah akibat promote gambar sendiri, malu sudeyh, bubbye , hihi !! (= _=') 





Monday, December 27, 2010

Bola Oh Bola

Salam...Yeah! lihat tajuk atas tu dah tahu nk cita pasal apa kan? kan?
okeh, smlm, kami satu keluarga dgn penuh semangat tgk perlawanan bola malaysia VS indonesia.tahniah buat kontijen malaysia kerana berjaya menaikkan nama sekaligus maruah malaysia kembali daripada kekalahan yang lepas, kita hentam balik indonesia, 3-0 ...okeyh la tu kan???tapi tak boleh la kita rasa bongkak sebab masih ada final yang ke 2...balik pada cerita masa perlawanan tu, ada perkara lucu yang berlaku, mana tidaknya mama yang tak pernah2 tgk perlawanan bola join group kami adik beradik n ayah tgk bola, tahu la mama tersayng, sepanjang perlawanan tu mulut mama paling ligat sama dgn kaki safee ligatnya tu ha...suara mama kalah suara ayah malam tu...slalu suara ayah tak dak sapa bole tanding...heehee...permainan kontijen malaysia memang terbaik la malam semalam, pandai mereka passing bola, kawal permainan, jgn dilupa mereka juga kacak2 belaka, maka bertambahlah fokus ain tgk perlawanan tu ya....ok Malaysia, teruskan usaha anda! saya bangga menjadi rakyat Malaysia, haih! masa mereka menang bukan main bangga, cuba mereka kalah, pandang sebelah mata pun tak nak, kn? kn? kn? haha, terkena kat batang idong sendiri , merah muka, saya heehee :p ok, Hope Malaysia menang utk final  ni  

Thursday, December 23, 2010

Merajuk ke?

PERSAHABATAN SEMANIS GULA

Memang betul kata orang, jika dalam pertelingkahan, kalau kita benar - benar tak salah,kalau semangat kita kuat dan kita kuatkan kesabaran, kita pasti akan temui  jalan yang terbaik bagi pertelingkahan tersbut, haip haip! janganlah salah faham ya, ini bukan pertelingkahan pasangan kekasih, tapi gado2 manja dalam persahabatan....mesti lah, kalau kita dah kamceng dgn seseorang, ada hari msti brtikam lidah, ada hari rapat bagaikan belangkas, ha, tulah adat berkawan okeh, lagi gaduh lagi erat persahabatan tu, tak gitu??? hikhik..ok, hari ini ain belajar satu perkara yang bermanfaat yang ain ingin kongsi... ok, begini....perkara yang harus kita buat jika kawan kita merajuk gila dengan kita, 

1. biarkan dia dulu, mungkin emosinya skrg tgh tak stabil, tengah marah ke, nak nanges di buli kita ke...kn? kn?

2. bagi masa pada dia, makudnya, bagi masa supaya dia berfikir apa silap sebenarnya, adakah salah faham ni berpunca dari diri sendiri atau orang lain?

3. Fikir positif, that mean, jika dia buat kita marah dalam pertelingkahan ini atau sebaliknya, kita jangan fikirkan kejahatan yang dia buat pada kita ja, tak perlu la touching lebih, nanti diri sendiri yg menangis, sapa juga yg susah?(semestinya mereka dan keluarga mereka)...haha, terpesong sudah.ok, balik pada cerita, masa tgh marah tu kita fikirkan tentang kebaikan dia pada kita, apa pngorbanan sahabat tu pada kita, mudah kan? 

so, itulah sedikit bebelan tips dari ain, so, dats all for dis day, mudah kan? jdi jgn angguk ja, buat sekarang..bak kata orang omputih...Dont say anything , juz do it to prove it !!, haha, pandai2 je ain reka ayat ni, faham ke kamu, kamu dan kamu? kalau tak faham,faham2 kan jelah ye... :p :p

bubbye , salam.

p/s : tips ini juga bole diguna pakai dalam hubungan chenta anda, tapi kalau jadi apa2 jgn cari ain pula ye ;) ;)

Tuesday, December 21, 2010

Azam Baru





yeah, Azam baru, mudahan tercapailah yer...

Juz a simple word, tapi bukan senang nak laksanakannya kalau azam dan semangat tidak kuat...

walaupun tahun baru islam dah lama berlalu meninggalkan kita, tapi ain berdegil juga untuk beritahu....
azam sye tahun ini ialah.....

♥ kurangkan tidur
♥ kurangkan tangguh
♥ kurangkan malas
♥ lebih kasih sayang

apabila dicantumkan semuanya....jadilah begini ya...

"Kurangkan tidur, Kurangkan Tangguh, Kurangkan malas, Lebihkan kasih sayang"

perkataan yang mudah, tapi punya makna yang mendalam yang ain sendiri saja faham...heehee.. ;)

Macam slogan pulak dah kan? haha, sapa kesah? tak ada kan, yang penting saya hepi...weeee !!!! :D :D

bubbye ;D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers